Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Minyak zaitun atau minyak kelapa? Mana lebih berkhasiat?

Dari segi kesihatan, lebih baik memasak menggunakan minyak zaitun.

Anggaran Waktu Membaca:
Minyak zaitun atau minyak kelapa? Mana lebih berkhasiat?

Minyak zaitun. (Gambar: merdeka.com)

Diterbitkan : 27 Dec 2017 07:08PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 07:09PM

NEW YORK: Dari segi kesihatan, lebih baik memasak menggunakan minyak zaitun.

Jika dibandingkan antara satu sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, minyak kelapa mengandungi enam kali lebih banyak lemak tepu, iaitu hampir mencecah paras sehari sekitar 13 gram yang disarankan Persatuan Jantung Amerika.

Pengambilan minyak tepu yang banyak berkait rapat dengan paras LDL, atau kolestrol buruk, yang meningkatkan risiko sakit jantung.

Mentelah lagi, minyak zaitun mengandungi lemak politaktepu dan lemak monotepu yang berkhasiat, menurut the New York Times.

"Antara kedua-dua ini, minyak zaitun merupakan pilihan yang lebih berkhasiat, kerana lemak monotepu mengandungi khasiat untuk jantung anda jika dimakan dengan tidak berlebihan," kata Annessa Chumbley, seorang pakar diet dalam emelnya kepada The New York Times.

Tetapi sudah tentunya, kita tidak memakan lemak, kolestrol ataupun antioksiden - kita makan makanan. Walaupun minyak kelapa bukanlah ajaib seperti yang didakwa, tidak perlu mengelaknya seluruhnya, khususnya jika ia digunakan untuk menggantikan mentega, menurut laman tersebut lagi.

Sebagai panduan, memasak menggunakan minyak zaitun lebih baik untuk kesihatan.  

Sumber : CNA/Agensi Berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan