Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mempelai tetapkan syarat hadiri majlis perkahwinannya

Majlis perkahwinan lazimnya disambut meriah di mana para tetamu dapat menjamu selera, meluangkan masa bersama keluarga, sahabat handai dan lebih penting lagi, meraikan hari bahagia kedua-dua mempelai. Ini yang membuat ramai berasa ghairah sebaik sahaja menerima kad undangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mempelai tetapkan syarat hadiri majlis perkahwinannya

(Gambar hiasan: Joe Raedle/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 05:16PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 05:25PM

SYDNEY: Majlis perkahwinan lazimnya disambut meriah di mana para tetamu dapat menjamu selera, meluangkan masa bersama keluarga, sahabat handai dan lebih penting lagi, meraikan hari bahagia kedua-dua mempelai. Ini yang membuat ramai berasa ghairah sebaik sahaja menerima kad undangan.

Namun, bagaimana pula reaksinya jika syarat-syarat tertentu ditetapkan ke atas para hadirin? Misalnya, semua tetamu wanita perlu mengikat rambut mereka dan semua tetamu tidak dibenarkan berbual dengan pengantin perempuan.

Bunyinya konyol, tetapi itulah yang dikongsi seorang pengguna media sosial baru-baru ini. Tetamu itu mendedahkan kepada Daily Mail bahawa seorang 'penyelaras majlis perkahwinan' sebelah mempelai wanita turut menyenaraikan peraturan-peraturan ketat ke atas para tetamu.

(Gambar: Nina Jade/Facebook)

Menyifatkan syarat-syarat itu sebagai 'mencuit hati', individu yang menerima undangan itu juga mendedahkan bahawa pengirim kad undangan turut menghubungi setiap tetamu untuk mengesahkan jika mereka akan hadir ke majlis itu bagi "menentukan bilangan tetamu majlis tersebut".

Antara syarat-syarat lain termasuk semua hadirin perlu tiba antara 15 hingga 30 minit sebelum majlis dimulakan, dilarang memakai pakaian berwarna putih, dilarang memakai mekap dan dilarang merakam upacara perkahwinan.

"Tetamu juga tidak dibenarkan 'check in' Facebook sehingga dibenarkan berbuat demikian, selain perlu menggunakan 'hashtag' bagi sebarang gambar yang dimuat naik ke media sosial," kongsi individu yang menerima undangan itu seperti ditukil Daily Mail.

Bukan itu sahaja, semua tetamu perlu membawa hadiah yang harganya sekurang-kurangnya $75 sebelum dibenarkan masuk ke acara tersebut.

Pastinya, catatan individu itu menarik perhatian ramai netizen, lapor Daily Mail. Sesetengah pihak mempersendakan syarat-syarat yang ditetapkan manakala ada juga yang ingin tahu motif sebenar pasangan itu.

Jika anda harus bawa hadiah $75 ke satu majlis perkahwinan, adakah anda akan menghadirinya? 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan