Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mata wanita ini dijangkiti 100 parasit gara-gara tidak tukar sarung bantal

Setelah mengalami masalah mata merah dan gatal-gatal dua tahun lamanya, seorang wanita China akhirnya mengetahui apakah sebabnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mata wanita ini dijangkiti 100 parasit gara-gara tidak tukar sarung bantal

(Gambar: Weibo)

Diterbitkan : 19 Dec 2017 07:11PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 11:19PM

WUHAN, CHINA: Setelah mengalami masalah mata merah dan gatal-gatal dua tahun lamanya, seorang wanita China akhirnya mengetahui apakah sebabnya.

Para doktor mengesan lebih 100 parasit melekap pada bulu matanya!

Menurut laporan akhbar tempatan yang diterbitkan pada 28 November, wanita berusia 68 tahun itu sekadar menggunakan ubat mata yang dibeli dari kedai atau farmasi setiap kali simptomnya bermula.

Meskipun keadaannya beransur pulih pada mulanya, ia kemudian memburuk selepas beberapa bulan.

Pada pertengahan bulan November, wanita itu – yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Xu – dilaporkan menyedari bahawa lebih banyak cecair nampaknya keluar dari matanya.

Beliau kemudian mengalami kesukaran untuk membuka dan menutup matanya kerana cecair tersebut sudah kering dan segera dikejarkan ke hospital oleh anggota keluarganya.

Para doktor mengesan parasit tersebut semasa menjalankan pemeriksaan dan menyatakan terdapat 10 hama atau kuman pada satu-satu folikel. Wanita itu didiagnosis dengan blefaritis dan radang mata dan pulih setelah dirawat, menurut laporan tersebut.

Semasa berbual dengan Cik Xu, para doktor mendapat tahu tabiat kebersihan peribadi wanita itu mungkin menjadi punca jangkitan pada matanya.

Beliau dilaporkan tidak membasuh atau menukar sarung bantalnya selama empat atau lima tahun dan biliknya juga kurang aliran udara.

Oleh itu, terdapat “kemungkinan besar” hama dan kuman pada bulu matanya disebabkan sarung bantal tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan