Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masih ramai ibu bapa tidak peka HFMD

 Tahap pemahaman golongan ibu bapa di kawasan kampung terhadap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak, yang berusia antara lima hingga tujuh tahun, masih lagi rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
Masih ramai ibu bapa tidak peka HFMD

(Gambar hiasan: NUS)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 09:00AM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 09:05AM

PASIR MAS: Tahap pemahaman golongan ibu bapa di kawasan kampung terhadap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak, yang berusia antara lima hingga tujuh tahun, masih lagi rendah.

Menurut laporan agensi berita Sinar Harian, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Pasir Mas, Wan Nazira Wan Nawi, berkata bahawa berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pihaknya, golongan ibu bapa di kawasan kampung dilihat kurang memberikan penekanan terhadap aspek kebersihan bagi mencegah anak-anak mereka daripada jangkitan HFMD.

"Situasi ini agak berbeza dengan kawasan bandar yang sememangnya peka dengan masalah tersebut.

"Bagaimanapun, kita ambil serius perkara ini dan sebab itulah, pihak jabatan turun padang ke Tabika Perpaduan untuk memberikan penerangan," katanya.

Cik Wan Nazira berkata demikian semasa Pertandingan Bento Box dan Pemeriksaan Kesihatan sempena Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Tabika Perpaduan Sri Embun dan KRT Sri Embun.

Menurut beliau, penerangan berterusan itu adalah bagi memastikan agar golongan ibu bapa memahami mengenai bahaya penyakit HFMD jika ia menyerang anak-anak mereka.

Sinar Harian menukil beliau sebagai berkata bahawa konsep mencegah lebih baik daripada mengubati perlu ditekankan bagi membendung penularan HFMD.

Beliau berkata: "Jadi, kami amat berharap agar ibu bapa dapat memberikan perhatian khusus terhadap isu ini."

Cik Wan Nazira menambah, pihaknya amat berharap golongan ibu bapa dapat memberikan penekanan berhubung aspek kebersihan.

Sinar Harian menukil beliau sebagai berkata bahawa aspek itu dititik beratkan sejak pada usia kanak-kanak lagi dan melibatkan semua aspek, bukan sahaja berkait rapat dengan HFMD.

"Penjagaan kebersihatan ini amat penting bagi memastikan anak-anak sentiasa sihat, sekaligus tidak merencatkan tumbesaran mereka," katanya.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan