Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Masalah sakit leher 'Text Neck' kian membimbangkan

Inilah cara-cara mudah mengatasi sakit leher dan belakang yang sering dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit dan tablet

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah sakit leher 'Text Neck' kian membimbangkan

Gambar fail seseorang menggunakan telefon bimbit.

Diterbitkan : 25 Jul 2018 12:24AM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 12:38AM

ILLINOIS: Sebelum wujud telefon bimbit, para pakar kesihatan dengan sebulat suara menekankan bahawa postur badan yang tidak baik menjadi punca utama sakit belakang dan leher.

Namun dengan telefon bijak dan alat mudah alih semakin kerap digunakan setiap hari, ia memburukkan lagi keadaan ini dan menimbulkan satu kondisi baru yang dinamakan 'Text Neck'.

Menurut TheHealthSite.com, kondisi ini merujuk kepada sakit belakang, leher dan tulang belakang akibat penggunaan telefon bijak dan peranti bagi tempoh yang terlalu panjang.

Para doktor melaporkan bahawa kanak-kanak kecil semuda lapan tahun turut terjejas.

Sebagai contoh, rakyat Amerika memeriksa telefon bijak mereka sebanyak 8 bilion kali sehari, dan belia berusia antara 18 hingga 24 tahun menerima sekitar 109 pesanan ringkas sehari, menurut laporan Thehealthsite lagi.

"Lihat sahaja dalam kalangan belia, mereka seringkali menunjukkan postur kurang baik dengan menundukkan kepala untuk membaca peranti mereka. Ini memaksa otot leher dan belakang semakin tertekan untuk menegakkan badan, mengakibatkan rasa sakit dan tegang," menurut seorang jururawat bilik bedah Robert Gearhart seperti ditukil TheHealthSite.com.

"Jika trend ini berterusan, nampaknya dalam masa 20 tahun, jumlah orang yang mengalami sakit tulang belakang akan menjadi lebih ramai," tambah beliau.

Encik Gearhart juga berkata posisi terbaik untuk menggunakan alat mudah alih adalah dengan berdiri tegak dan memegang alat itu pada paras mata. Ini lebih baik daripada memegangnya pada paras bahagian utama tubuh yang menyebabkan dagu hampir mencecah dada.

Meskipun demikian Encik Gearhart akur bahawa terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sakit di belakang tubuh.

Lantaran itu, beliau mengesyorkan beberapa cara mudah yang boleh diamalkan untuk mencegah masalah ini.

Berehat seketika
Berhenti seketika setiap 15 hingga 20 minit untuk gerakkan badan dan leher, terutama sekali jika anda melakukan kerja di hadapan skrin komputer.

Ubah suai ruang kerja
Pastikan skrin komputer berada di paras mata agar tidak perlu tunduk semasa melakukan kerja.

Lebih baik lagi jika anda boleh menggunakan pemegang tablet dan kerusi ergonomik yang boleh memastikan anda tidak membongkok.

Guna fungsi teks suara
Kebanyakan telefon bijak kini dilengkapi dengan fungsi imlak, iaitu sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain. Menggunakan fungsi ini dapat menyingkatkan masa anda menunduk melihat skrin telefon semasa menghantar pesanan ringkas.

Gunakan telefon pada paras mata
Paling penting sekali, sentiasa pegang telefon atau tablet anda dekat dengan paras mata. Ini mengelakkan anda daripada melengkungkan leher, yang menyebabkan otot leher menjadi tegang.


Natijahnya, Encik Gearhart memberi nasihat: "Ambillah langkah-langkah pencegahan".

"Ia lebih mudah daripada cuba merawat tulang belakang yang sudah senget."

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan