Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak di M'sia membimbangkan

Malaysia tersenarai sebagai negara yang mempunyai kadar kegemukan melampau atau obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di rantau Asia. Menurut laporan Astro Awani, 23.7 peratus daripada mereka mengalami masalah kegemukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak di M'sia membimbangkan

(Gambar hiasan: Georges Gobet/AFP)

Diterbitkan : 24 Oct 2018 05:15PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 05:20PM

KOTA BAHRU: Malaysia tersenarai sebagai negara yang mempunyai kadar kegemukan melampau atau obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di rantau Asia. Menurut laporan Astro Awani, 23.7 peratus daripada mereka mengalami masalah kegemukan.

Faktor pemakanan dianggap sebagai penyumbang utama yang menyebabkan masalah kegemukan, disebabkan oleh diet yang tidak seimbang serta kegiatan fizikal yang berkurangan.

PEMAKANAN, BUDAYA ANTARA SEBAB UTAMA

Masalah kegemukan sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak usia kecil lagi. Kanak-kanakk yang mempunyai berat berlebihan biasanya mengalami masalah kegemukan apabila dewasa.

Budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah kegemukan di Malaysia.

Ini kerana snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi merupakan antara makanan popular di Malaysia.

Penasihat Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre, berkata pengambilan diet seimbang penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Astro Awani menukil beliau sebagai berkata bahawa kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia.

“Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 yang boleh didapati dari sardin, ikan kembong dan tuna dalam diet anak-anak.

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil,” katanya lagi. 

Sumber : Agensi berita/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan