Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masalah berat badan berlebihan pada paras tinggi di M'sia

Masalah berat badan berlebihan dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di Malaysia berada pada tahap membimbangkan dan sedang meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah berat badan berlebihan pada paras tinggi di M'sia

(Gambar hiasan: Alfredi Estrella/AFP)

Diterbitkan : 03 Sep 2018 09:04PM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 09:10PM

KUALA LUMPUR: Masalah berat badan berlebihan dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di Malaysia berada pada tahap membimbangkan dan sedang meningkat.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan kementerian tersebut mendapati seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat badan.

“Tinjauan itu juga mendapati sebanyak 17.5 peratus rakyat negara ini dikesan menghidapi penyakit kencing manis, 30.3 peratus menghidapi hipertensi dan 47.7 peratus pula mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi,” kata Dr Dzulkefly.

Dr Dzulkefly berkata punca utama masalah berat badan berlebihan adalah faktor-faktor termasuk ketidakseimbangan dalam pengambilan dan penggunaan tenaga harian, pemakanan ibu semasa mengandung dan amalan penyusuan susu ibu, corak pemakanan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh ibu bapa dan persekitaran.

“Strategi menangani obesiti dimulakan secara menyeluruh seawal di peringkat bayi, kanak-kanak sehingga dewasa.

“Kementerian juga sentiasa dan akan terus komited dalam menangani masalah berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti promosi pemakanan sihat serta hidup cergas sentiasa dipergiat dan diberi nafas baru,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut juga sudah digariskan dalam pelan-pelan tindakan yang dikeluarkan kementerian itu seperti Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (2016-2015), Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (2016-2025) dan Pelan Strategik Aktiviti Fizikal Kebangsaan (2016-2025). 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan