Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Manusia sudah makan nasi 7,400 tahun dahulu - penemuan arkeologi di China

Penemuan arkeologi terbaru menunjukkan penduduk di kawasan tengah China sudah mula memakan nasi sejak lebih 7,000 tahun lalu. Demikian dilaporkan agensi berita tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Manusia sudah makan nasi 7,400 tahun dahulu - penemuan arkeologi di China

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 19 Feb 2018 05:13PM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 11:35PM

CHANGSHA: Penemuan arkeologi terbaru menunjukkan penduduk di kawasan tengah China sudah mula memakan nasi sejak lebih 7,000 tahun lalu. Demikian dilaporkan agensi berita tempatan.

Tiga butir beras yang sudah dikarbon dikenal pasti di tapak relik Gaomiao di kampung berdekatan Hongjiang di wilayah Hunan.

Beras-beras itu ditemui dalam stratum yang wujud seawal 7,400 tahun lalu. Butir-butir gula juga ditemui pada batu kisar yang dipercayai wujud sejak bertahun-tahun dahulu, pada masa yang tidak jauh daripada masa stratum yang ditemukan. Demikian didedahkan He Gang, seorang penyelidik daripada Institut Arkeologi Hunan.

"Nasi menjadi sumber makanan utama bagi penduduk tempatan. Kami percaya ini merupakan butir-butir beras yang terlama yang ditemui di barat Hunan," katanya.

Tapak relik Gaomiao ditemui pada 1986. Tiga proses penggalian dijalankan di tapak tersebut iaitu pada 1991, 2004 dan 2005.

Bilangan besar siput air tawar, kerang, bangkai tulang beberapa haiwan termasuk rusa, babi, lembu, beruang, gajah dan badak sumbu ditemui di samping tembikar putih terlama China yang dihiasi corak-corak burung phoenix dan bintang yang memiliki lapan sudut runcing.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan