Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makanan segera boleh jejas kesuburan wanita

Wanita yang banyak memakan makanan segera mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk menjadi hamil dan lebih berkemungkinan mengalami masalah kesuburan berbanding wanita yang jarang memakan makanan sedemikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Makanan segera boleh jejas kesuburan wanita

Burger keju McDonald's. (Gambar: Laman McDonald's)

Diterbitkan : 14 May 2018 12:07AM Dikemas Kini : 14 May 2018 12:11AM

AUSTRALIA: Wanita yang banyak memakan makanan segera mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk menjadi hamil dan lebih berkemungkinan mengalami masalah kesuburan berbanding wanita yang jarang memakan makanan sedemikian.

Jika dibandingkan dengan wanita yang biasanya mengelakkan makanan segera, wanita yang memakan makanan segera sebanyak empat kali seminggu atau lebih sebelum mereka menjadi hamil mengambil masa hampir sebulan lebih lama untuk mengandung, menurut kajian yang melibatkan 5,598 wanita yang bersalin buat pertama kali di Australia, New Zealand dan Britain.

Secara keseluruhannya, 2,204 wanita, atau 39 peratus, menjadi hamil dalam masa sebulan selepas mereka berjimak dengan pasangan mereka tanpa kontraseptif atau pencegah kehamilan dan 468, atau 8 peratus, mengalami ketidaksuburan dan gagal menjadi hamil selepas 12 bulan mencubanya.

Sedang wanita yang jarang sekali atau tidak pernah memakan makanan segera mempunyai risiko 8 peratus tidak subur, berbanding 16 peratus wanita yang memakan makanan segera sekurang-kurangnya empat kali seminggu.

"Makanan segera mengandungi lemak tepu dan natrium yang tinggi, dan kadang-kadang gula," kata ketua penulis kajian Jessica Greiger dari Institut Kajian Robinson dan Universiti Adelaide di Australia.

"Walaupun komponen diet dan kaitannya dengan kesuburan belum lagi dikaji dengan terperinci berhubung kehamilan manusia, jumlah asid lemak tepu yang lebih tinggi dikesan di oosit (sel telur di dalam ovari) wanita yang mendapatkan bantuan kehamilan dan kajian pada tikus menunjukkan bahawa diet yang mengandungi lemak yang lebih tinggi mempunyai kesan toksik ke atas ovari," kata Cik Grieger dalam emelnya itu. "Kami percaya bahawa makanan segera mungkin salah satu faktor yang mengakibatkan ketidaksuburan yang disebabkan oleh perubahan pada fungsi ovari."

Sekitar satu daripada 10 wanita dengan umur boleh mengandung mengalami kesukaran untuk menjadi hamil. Sebahagian besarnya disebabkan oleh masalah ovulasi, yang sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai sindrom polisistik ovari (PCOS). Antara tanda-tanda wanita tidak ovulasi dengan betul biasanya termasuk mengalami tempoh haid yang tidak menentu atau tiada haid.

Risiko meningkat mengikut usia dan boleh menjadi bertambah buruk disebabkan oleh merokok, meminum arak berlebihan, tekanan, diet yang tidak sihat, bersenam secara keterlaluan, masalah berat badan berlebihan atau mengalami jangkitan pada alat kelamin. 

Sumber : Reuters/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan