Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makan kentang goreng dikaitkan dengan risiko tinggi kematian

Kini ada kajian yang mengaitkan pemakanan kentang goreng sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan risiko lebih tinggi kematian.

Anggaran Waktu Membaca:
Makan kentang goreng dikaitkan dengan risiko tinggi kematian

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 02:49PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 02:53PM

AMERIKA SYARIKAT: Ramai yang tahu bahawa kentang goreng 'French fries' tidak bagus untuk kesihatan. Namun kini ada kajian yang mengaitkan pemakanan kentang goreng sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan risiko lebih tinggi kematian.

Menurut lelaman Time, kajian terbitan 'American Journal of Clinical Nutrition' memantau pemakanan kentang di kalangan 4,400 warga senja antara 45 hingga 79 tahun selama lapan tahun. Di akhir tempoh kajian, 236 orang meninggal dunia.

Selepas diselaraskan untuk mengambil kira beberapa faktor, kajian berkenaan mendapati memakan kentang (walaupun dalam bilangan yang banyak) secara amnya tidak meningkatkan risiko kematian.

Meskipun begitu, apabila jenis kentang yang dimakan itu diteliti dengan lebih dekat, para pengkaji mendapati memakan kentang goreng - termasuk French fries dan hash brown - sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh dikaitkan dengan kenaikan seganda risiko kematian.

Memakan kentang yang tidak digoreng, seperti salad kentang dan kentang yang direbus, dibakar dan dilenyek, tiada kaitan dengan risiko kematian.

Kentang yang tidak digoreng agak baik untuk kesihatan kerana kandungan serat, vitamin dan khasiat mikro yang "boleh mengimbangi kesan buruk indeks glisemik tinggi", menurut penerbit kajian seperti ditukil Time.

Kentang goreng pula sebaliknya mengandungi banyak lemak dan garam tambahan.

Laporan Time menambah, buat masa ini, kajian lebih mendalam ke atas lebih ramai orang perlu dijalankan untuk memastikan sama ada memakan kentang goreng secara berlebihan boleh benar-benar menyebabkan risiko lebih tinggi kematian.

Sementara itu, Pusat bagi Dasar dan Penggalakan Khasiat menyarankan tiga hingga lima hidangan sayuran sehari. Walaupun sayuran berkanji seperti kentang boleh diambil kira, garis pandu pusat tersebut menggalak orang ramai menyediakan hidangan sayuran dengan cara rendah lemak - bukan dengan menggoreng.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan