Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makan 2 burger lebih 'sihat' berbanding 1 set burger dengan kentang goreng

Memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, ada caranya untuk membuat anda kurang rasa serba salah.

Anggaran Waktu Membaca:
Makan 2 burger lebih 'sihat' berbanding 1 set burger dengan kentang goreng

Gambar: JASON KEMPIN/AFP

Diterbitkan : 09 Nov 2017 09:28PM Dikemas Kini : 09 Nov 2017 09:33PM

BERITAMediacorp: Memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, ada caranya untuk membuat anda kurang rasa serba salah.

Lumrahnya, kita membuat pesanan untuk satu set hidangan semasa berada di restoran makanan segera iaitu burger, air dan kentang goreng. Namun, pilihan yang lebih sihat adalah dengan memesan dua burger! Ini berbanding satu burger berserta kentang goreng.

Menurut pakar-pakar yang ditemui Business Insider, dengan cara demikian, anda akan menggandakan jumlah pengambilan protein sekaligus membuat anda rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

Lantas, anda boleh mengurangkan pengambilan kalori pada hari tersebut. Tambahan pula, jumlah karbohidratnya juga tidak sebanyak berbanding kentang goreng. Walaupun karbohidrat penting untuk kesihatan anda, kandungan yang tinggi boleh membawa kepada kegemukan.

Sebagai contoh, satu hamburger dari McDonalds mengandungi 250 kalori dan 13 gram protein. Sementara kentang goreng saiz sederhana mengandungi lebih banyak kalori iaitu 337 dan hanya 3.3 gram protein.

Dari segi karbohidrat pula, burger hanya mengandungi 31 gram manakala terdapat sebanyak 42 gram karbohidrat dalam kentang goreng saiz sederhana.

Selain kegemukan, karbohidrat juga boleh meningkatkan lagi kandungan gula dalam badan yang boleh menjejas saluran darah, menurut laporan Business Insider itu.

Diet yang sarat dengan protein boleh menahan seseorang itu daripada rasa lapar disebabkan asid amino yang terdapat salam protein yang mengekang hormon yang membuatnya rasa lapar.

Oleh itu, yang kali, apabila anda ke restoran makanan segera, buatlah pilihan yang lebih sihat.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan