Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mahu kereta "pakcik-pakcik" dengan 10-kelajuan? Honda Accord terbaru mungkin jawapannya

Buat pengetahuan anda, Accord terbaru itu merupakan kereta biasa pertama di dunia yang dilengkapi dengan kotak gear automatik dengan 10 kelajuan (10-speed).

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu kereta "pakcik-pakcik" dengan 10-kelajuan? Honda Accord terbaru mungkin jawapannya

Honda Accord 2018 (Gambar: Honda)

Diterbitkan : 02 Aug 2017 08:46PM Dikemas Kini : 02 Aug 2017 09:54PM

DETROIT: Hanya beberapa hari setelah Toyota memperkenalkan kereta Camry terbaru syarikat itu, sebuah lagi syarikat pembuat kereta dari Jepun, Honda, menyusul dengan melancarkan pula kereta Accord generasi yang ke-10.

Sebilangan orang menganggap Accord sebagai "kereta pakcik-pakcik" kerana lebih digemari oleh generasi perintis dan ia jenis kereta 'mesra keluarga'.

Bagaimanapun dalam edisi terbaru ini, Honda melakukan beberapa perubahan pada luaran dan dalamannya. Hasilnya, sebuah kereta yang menarik.

Sama seperti jenis kereta sekelas dengannya, Accord terbaru itu dicipta semula dari asas dan dipacu oleh pelbagai turbocaj dan enjin kuasa hibrid.

Buat pengetahuan anda, Accord terbaru itu merupakan kereta biasa pertama di dunia yang dilengkapi dengan kotak gear automatik dengan 10 kelajuan (10-speed).

Honda Accord yang baru adalah satu-satunya kereta di dunia yang dilengkapi dengan ciri 10 kelajuan. (Gambar: HONDA)

"Kami sedang mereka semula Honda Accord bagi sebuah generasi pembeli baru dengan melancarkan sesuatu yang lain daripada kereta sedan yang lazimnya," kata Encik Jeff Conrad, Naib Presiden Kanan, Bahagian Automobil American Honda Motor.

Serupa dengan jenis Civic, Honda Accord terkini dibezakan oleh sayap gril depan berkrom yang baru, dilengkapi dengan lampu depan kereta yang merangkumi sembilan lampu LED, pada sedan yang lebih besar tersebut.

Bumbungnya juga tidak kurang dramatik, Ia adalah elemen reka bentuk yang membuatkan Accord baru itu lebih bergaya. Jika anda bandingkan dengan model-model sebelumnya, anda pasti mengerti mengapa model baru ini benar-benar sejuk dipandang mata.

Model Honda Accord terbaru. (Gambar-gambar: Honda)

Sungguhpun demikian, pereka Honda masih berjaya mencipta ruang kabin lebih luas daripada model sebelumnya. Ini kerana bahagian roda berjaya ditolak lebih jauh ke setiap sudut kereta.

Tambahan lagi, pelbagai enjin turbocaj boleh didapati dengan Honda Accord yang baru itu.

Jika anda mahu membeli kereta ini, anda nampaknya perlu menunggu sedikit lagi masa.

Masih belum ada lagi pengumuman mengenai bila Honda Accord baru itu akan dilancarkan di Singapura. Namun pengimport rasminya, Kah Motor, mengesahkan bahawa ia akan dilengkapi dengan Honda Sensing, iaitu ciri-ciri keselamatan dan bantuan untuk pemandu.

Ini termasuklah Sistem Brek Mengurangkan Pelanggaran, yang memberi amaran kepada pemandu apabila perlanggaran berlaku.

Ciri-ciri tambahan untuk teknologi bantuan bagi pemandu yang ada termasuklah Maklumat Titik Buta (Blind Spot), sensor tempat letak kereta depan dan belakang, Monitor Lalulintas dan Pemantauan Kesedaran Pemandu. Ia juga mempunyai kamera belakang berbilang sudut dengan panduan lebih dinamik supaya anda boleh meletak kereta dengan tepat.

Bagi peminat kereta Honda, kesemua ciri-ciri terbaru Accord itu mungkin memadai sebagai daya tarikan.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan