Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mahu cuba? Minyak wangi dengan aroma buku tua

Minyak wangi Book adalah sebahagian daripada Koleksi Black dari Commodity.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu cuba? Minyak wangi dengan aroma buku tua

Minyak wangi dan lilin berbau 'buku' oleh Commodity. (Gambar: Vampy Varnish/Facebook)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 06:20PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 06:29PM

AMERIKA SYARIKAT: Mungkin anda kenal dengan seseorang yang suka dengan bau buku-buka lama. Aroma ini bukanlah sesuatu yang pelik. Malah, ada segolongan orang yang berpendapat bahawa ia satu aroma yang amat menyenangkan selepas membeli buku lama.

Kini, mereka yang menggemari bau tersebut tidak perlu membeli buku-buku lama. Ini kerana jenama minyak wangi Commodity sudahpun melancarkan minyak wangi barunya dengan aroma khas seperti baru buku-buku lama.

Minyak wangi dengan nama "Book" disifatkan oleh syarikat tersebut sebagai "bau buku tua di dalam botol". Minyak wangi uniseks tersebut sesuai untuk lelaki mahupun wanita. Dihasilkan daripada kayu-kayu seperti cendana, bergamot dan cemara, gabungan tersebut memberikan bau seperti kertas yang menguning yang bertahun-tahun.

Minyak wangi Book adalah sebahagian daripada Koleksi Black dari Commodity. Ia diperbuat oleh ahli minyak wangi Ketrin Leka yang mendapatkan inspirasi dari memori zaman kanak-kanaknya.

"Masa yang saya tidak dapat lupakan adalah ketika saya mengunjungi Perpusatakaan New York untuk mengimbas kembali membaca buku-buku lama yang berjilid-jilid... dan menghidu kertas kering yang bercampur dengan udara segar," katanya.

Kalau anda rasa bau buku lama murah harganya, anda tersilap. Kolon Comoodity Book disediakan dalam botol-botol 100 militer yang berharga AS$105 (S$140) dan yang kecil pada 10 mililiter dengan harga AS$26 (S$35). 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan