Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

M'sia hasilkan 2 klon rambutan yang dinamakan 'Mutiara Merah', 'Mutiara Wangi'

Dua klon baru rambutan hasil inovasi Institut Pertanian Malaysia (MARDI) dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia hasilkan 2 klon rambutan yang dinamakan 'Mutiara Merah', 'Mutiara Wangi'

Salah satu daripada dua klon baru rambutan hasil inovasi Institut Pertanian Malaysia (MARDI). (Gambar: Jabatan Pertanian Malaysia/ Facebook)

Diterbitkan : 29 Jul 2018 10:11PM Dikemas Kini : 29 Jul 2018 10:20PM

SINTOK: Dua klon baru rambutan hasil inovasi Institut Pertanian Malaysia (MARDI) dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Lebih menarik lagi, dalam acara pelancaran semalam, dua klon baru rambutan itu dinamakan 'Mutiara Merah' dan 'Mutiara Wangi'.

"Dalam tempoh dua tahun ia sudah mengeluarkan buah dan saya rasa produk ini mampu memasuki pasaran tempatan serta memberi pulangan lumayan kepada pengusaha," kata Encik Salahuddin.

Antara ciri klon rambutan tersebut adalah pohonnya yang lebih rendang, mampu berbuah awal daripada klon popular lain, mempunyai isi yang tebal, manis dan lekang serta mempunyai aroma ketara.

Encik Salahuddin berharap industri rambutan di Malaysia akan lebih berdaya saing dan rambutan mampu menjadi antara eksport utama pada masa hadapan, sekaligus memberikan keuntungan kepada pengusaha dan produk-produk rambutan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah MARDI Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata pengisytiharan klon tersebut adalah bukti komitmen MARDI dalam memberikan hasil terbaik bagi membangunkan sektor pertanian negara.

Beliau berkata untuk membangunkan kedua-dua klon rambutan tersebut, sebanyak 10,000 biji rambutan generasi kedua disemai yang kemudian dinilai dan dipilih hingga mendapat 30 baka baru yang berpotensi.

"Daripada 30 baka baru inilah kedua-dua klon ini dipilih berdasarkan ciri-ciri yang baik dan dikehendaki industri," katanya.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan