Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lumine, gedung fesyen terbaru di Clarke Quay perkenal cawangan berbilang konsep

Walaupun hasil keuntungan peruncit-peruncit Jepun di pasaran Singapura yang begitu hebat persaingannya tidak tentu, penyelia gedung Lumine menaruh harapan yang tinggi kepada cawangan berbilang konsep yang diperkenalkannya di sini untuk membawa perbezaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lumine, gedung fesyen terbaru di Clarke Quay perkenal cawangan berbilang konsep

Cawangan Lumine di Clarke Quay Central di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 27 Nov 2017 04:26PM Dikemas Kini : 27 Nov 2017 04:29PM

SINGAPURA: Walaupun hasil keuntungan peruncit-peruncit Jepun di pasaran Singapura yang begitu hebat persaingannya tidak tentu, penyelia gedung Lumine menaruh harapan yang tinggi kepada cawangan berbilang konsep yang diperkenalkannya di sini untuk membawa perbezaan.

Demikian kata ketua eksekutif Yuji Morimoto kepada Mediacorp Sabtu lalu (25 Nov) sedang Lumine melancarkan cawangan antarabangsa pertamanya di Clarke Quay Central di Singapura.

Gedung serbaneka tersebut ditubuhkan pada 1996 sebagai anak syarikat East Japan Railway Company dengan 12 cawangan di sekitar Jepun termasuk yang utama di stesen Shinjuku di Tokyo.

Selain daripada dikenali sebagai "hab Asia Tenggara", pasaran Singapura menonjol kerana permintaan yang kian meningkat bagi fesyen yang bukan dihasilkan secara besar-besaran dan juga kuasa beli yang lebih tinggi, kata Encik Morimoto.

Para wakil Lumine menyedari persekitaran beroperasi yang mencabar di Singapura. Lantas, selepas lebih dua tahun membuat persiapan, menubuhkan strategi yang unik untuk menambat hati para pelanggan.

Berbeza daripada pusat beli-belah meganya yang ikonik seperti yang terletak di stesen-stesen kereta api di Tokyo, cawangan berbilang konsep pertama Lumine di Singapura jauh lebih kecil dengan ukuran 10,000 kaki persegi.

Buat masa ini, ia menawarkan 20 jenama pakaian dan aksesori Jepun seperti label popular Tomorrowland dan Fray I.D. Kebanyakan daripadanya membuat penampilan pertama di Singapura.

Lumine juga menyediakan sebahagian daripada cawangannya bagi jenama-jenama Jepun yang baru seperti Emoda dan Murua. Buat julung-julung kalinya, ia turut memperkenalkan sebuah kafe yang menyediakan desert buah-buahan.

CAWANGAN BERBILANG KONSEP "LANGKAH YANG LEBIH SELAMAT": PENGAMAT INDUSTRI

Strategi Lumine untuk bermula dengan cawangan berbilang konsep di sini merupakan "langkah yang lebih selamat" memandangkan kebanyakan gedung serbaneka semakin hilang pengaruh di kalangan golongan pelanggan muda, menurut pengkaji juruanalisis Euromonitor International, Chayadi Karim.

Ia juga boleh mengelak daripada bersaing dengan pesaing-pesaing yang lebih berpengaruh seperti Takashimaya dan Isetan.

"Dengan menyediakan gedung berkonsep dan bukan gedung serbaneka, ia memberi tanggapan terutama sekali kepada rakyat Singapura yang tidak mengenali jenamanya bahawa Lumine adalah peruncit fesyen kelas tinggi dan bukan hanya gedung serbaneka," jelas Encik Karim. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan