Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki tertua dunia mati pada usia 113 tahun

Lelaki tertua dunia yang disahkan tahun lalu oleh Guinness World Records, Yisrael Kristal, meninggal dunia pada Jumaat (11 Ogos) pada usia 113 tahun, lapor media Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tertua dunia mati pada usia 113 tahun

Yisrael Kristal pada 22 Januari 2016 di rumahnya yang terletak di Haifa, Israel. (Gambar: AFP/Shula Kopershtouck)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 01:02PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 01:21PM

BAITULMAKDIS: Lelaki tertua dunia yang disahkan tahun lalu oleh Guinness World Records, Yisrael Kristal, meninggal dunia pada Jumaat (11 Ogos) pada usia 113 tahun, lapor media Israel.

"Yisrael Kristal, meninggal dunia pada Jumaat, sebulan sebelum ulang tahunnya yang ke-114," lapor akhbar harian Haaretz dalam edisi online, menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHM).

Laman web berita Ynet pula mendedahkan, mendiang Kristal yang juga mangsa yang terselamat daripada tentera Nazi, meninggalkan dua anak, sembilan cucu dan 32 cicit.

Kristal, yang berasal dari Zarnow atau kini Poland, lahir pada 15 September 1903, iaitu tiga bulan sebelum adik beradik Wright berjaya menerbangkan pesawat.

Dalam petikan laporan BHM, Guinness World Records juga mengiktirafnya sebagai lelaki tertua dunia pada Mac 2016.

Selepas Perang Dunia Pertama, Kristal berpindah ke Lodz di mana beliau bekerja di kilang manisan keluarga, berkahwin dan memiliki anak.

Namun, seperti ditukil BHM, kehidupannya terjejas apabila kawasan yang didiami penduduk Yahudi di bandar itu ditawan Nazi Jerman ketika Perang Dunia Kedua dan Kristal dihantar ke kem maut Auschwitz-Birkenau.

Sekitar 1.1 juta orang, kebanyakannya Yahudi Eropah maut dalam kem tersebut antara tahun 1940 hingga 1945 sebelum ia dibebaskan tentera Soviet.

Isteri dan dua anaknya maut namun Kristal terselamat, ditemui hanya seberat 37 kilogram pada penghujung perang. Beliau kemudian berpindah ke Israel, berkahwin semula serta membuka kedai manisan.

Sumber : Agensi berita/AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan