Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki ini sanggup jalan kaki 2 hari, ingin ucap 'Selamat Hari Raya' kepada Presiden Jokowi

"Ya, saya ingin jimat kos. Saya ingin datang untuk bersilaturahim dengan Presiden Jokowi," kata Encik Ujang.  

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini sanggup jalan kaki 2 hari, ingin ucap 'Selamat Hari Raya' kepada Presiden Jokowi

Encik Ujang berjalan kaki selama dua hari untuk bertemu dengan Presiden Jokowi. (Gambar: Merdeka.com)

Diterbitkan : 15 Jun 2018 11:19PM Dikemas Kini : 16 Jun 2018 12:27AM

BOGOR: Ketika orang ramai sibuk membuat persiapan menjelang tibanya Syawal, seorang warga tempatan pula 'bertualang', berjalan kaki selama dua hari untuk bertemu dengan Presiden negara.

Begitulah tekad Encik Ujang, seorang petani asal Sukabumi, yang sanggup berjalan kaki dari tempat tinggalnya menuju Istana Bogor semata-mata kerana ingin berjabat tangan dengan Presiden Jokowi dan menjimatkan tambang kenderaan.

Usahanya berbaloi kerana beliau tidak sahaja dapat bersalam-salaman dengan Presiden Jokowi, tetapi beliau juga dapat bergambar dengannya, lapor Merdeka.com.

"Ya, saya ingin jimat kos. Saya ingin datang untuk bersilaturahim dengan Presiden Jokowi," kata Encik Ujang.

Kedengaran pengalamannya biasa-biasa sahaja, tetapi ia sesuatu yang bermakna bagi Encik Ujang yang tidak pernah menyangka sebelum ini akan dapat bertemu dengan Presiden Jokowi.

"Saya gembira sekali, seumur hidup, inilah pertama kali saya dapat bertemu dengannya," katanya kepada Merdeka.com sambil tersenyum lebar.

Menurut Merdeka.com, Encik Ujang hanyalah salah seorang daripada beribu-ribu warga tempatan yang sanggup beratur untuk bersalaman dengan Presiden Jokowi dan Naib Presiden Jusuf Kalla di Istana Presiden di Bogor, Jawa Barat.

Ketika ditanya Merdeka.com apa yang dibualkan dengan Presiden Jokowi, beliau berkata: "Saya hanya mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri."

Encik Ujang dikatakan akan kembali ke Sukabumi dengan berjalan kaki selepas makan. Beliau tidak pulang dengan tangan kosong, beliau kembali dengan gambarnya bersama Presiden tercinta sebagai buah tangan.   

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan