Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lebih 250,000 orang kunjungi Karnival Marina Bay sejauh ini

Lebih 250,000 orang mengunjungi Karnival Marina Bay Prudential sejak ia dibuka. Demikian didedahkan oleh pihak penganjur hari ini (26 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 250,000 orang kunjungi Karnival Marina Bay sejauh ini

Karnival Marina Bay Prudential. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 26 Dec 2017 08:55PM Dikemas Kini : 26 Dec 2017 09:04PM

SINGAPURA: Lebih 250,000 orang mengunjungi Karnival Marina Bay Prudential sejak ia dibuka. Demikian didedahkan oleh pihak penganjur hari ini (26 Dis).

Disifatkan pihak penganjur sebagai "karnival terbesar", ia dibuka pada 15 Disember setelah tertangguh selama seminggu kerana penganjur perlu menunggu untuk mendapatkan lampu hijau daripada pihak berkuasa.

Karnival itu menampilkan lebih 40 permainan, termasuk roller-coaster dan 'log flume'.

"Kami sudah bekerja keras untuk menyediakan destinasi bermakna buat keluarga dan rakan-rakan untuk mereka menghabis masa bermutu bersama dan sokongan yang diberikan oleh orang ramai amat menggalakkan," kata Encik Barnabas Chia, yang mengetuai pasukan penganjur karnival.

Beliau menambah persembahan-persembahan istimewa sudahpun dirancang bagi malam Tahun Baru, termasuk dari ahli muzik elektrik Jasmine Sokko dan tukang 'rap' TheLionCityBoy.

Karnival itu beroperasi setiap hari dari pukul 4.00 petang sehingga 11.00 malam dan akan berlangsung sehingga 1 April 2018.

Pada malam Tahun Baru nanti, karnival itu dibuka pada pukul 3.00 petang sehingga 2.00 pagi.

Ia terletak di ruang acara Promontory dan Bayfront. Masuk adalah percuma dan kos bagi setiap permainan adalah antara $4 dengan $14.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan