Images
  • huwei launch singapore
    Pelancaran Huawei Mate 20 Pro di Causeway Point pada 27 Okt (Gambar: Huawei)

Lebih 1,000 beratur bagi dapatkan Huawei Mate 20

SINGAPURA: Demam telefon bijak sekali lagi melanda Singapura, kali ini ia melibatkan pelancaran telefon bijak keluaran syarikat China - Huawei Mate 10.

Para pelanggan beratur seawal 6.00 pagi Sabtu (27 Okt) di Causeway Point, di mana telefon bijak itu dilancarkan di sini secara eksklusif.

Menjelang 11.00 pagi, lebih seribu orang beratur sepanjang 500 meter untuk menjadi antara orang pertama menggenggam telefon itu.

BUKAN SEKADAR PEMINAT TEGAR

Orang yang paling awal menunggu di barisan adalah Kishore Lal, 39 tahun yang tidak pernah menggunakan telefon bijak Huawei.

"Saya membaca banyak ulasan baik tentang telefon bijak Huawei ini, jadi saya fikir saya ingin mencubanya. Saya benar-benar teruja dengan ciri-ciri baru Mate 20 Pro ini, seperti Pengecasan Tanpa Wayar Balikan dan tiga kamera Leica. Ini sesuatu yang saya belum pernah lihat pada telefon-telefon lain."

Aeron Chang, 34 tahun, dan isterinya Shijia, juga tertarik dengan ciri-ciri kamera yang terdapat pada telefon itu.

"Saya mengikuti perkembangan tentang Mate 20 Pro baru ini dan sangat berminat untuk mencubanya sendiri, terutamanya ciri Lensa Sudut Lebar Ultra," kongsi Encik Chang.

Menurut firma-firma penyelidikan pasaran, IDC, Canalys dan Strategy Analytics, Huawei sudah mendahului Apple untuk menjadi pengeluar kedua terbesar telefon bijak buat pertama kalinya dalam masa tujuh tahun. Laporan-laporan itu berdasarkan jumlah peralatan yang dikeluarkan pada suku kedua 2018.

IDC turut melaporkan Huawei mengeluarkan 54.2 juta unit telefon bagi suku tahun itu, dengan bahagian pasaran 15.8 peratus, melebihi bahagian pasaran Apple sebanyak 12.1 peratus.

- CNA/TQ/tq

Top