Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kurang tidur di kalangan remaja dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, kegemukan

Masa tidur yang lebih lama dan kualiti tidur yang lebih baik dikaitkan dengan tekanan darah yang rendah, ukuran pinggang lebih kecil, dan paras kolesterol yang lebih rendah, menurut laporan penyelidik dalam Pediatrik.

Anggaran Waktu Membaca:
Kurang tidur di kalangan remaja dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, kegemukan

Gambar Hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 03:55PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 12:36PM

REUTERS: Golongan remaja yang tidak mendapat tidur yang cukup mungkin lebih cenderung mengalami risiko penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi dan lemak badan yang berlebihan. Ini menurut satu kajian Amerika Syarikat.

“Tidur itu penting," kata Dr. Elsie Taveras dari Hospital Besar Massachusetts di Boston. "Kuantiti dan kualiti tidur adalah tunggak kesihatan di samping diet dan aktiviti fizikal."

Dr Taveras dan pasukannya mendapatkan seramai 829 remaja untuk memakai alat pengesan aktiviti pada pergelangan tangan mereka untuk merakam waktu tidur malam dan aktiviti siang selama tujuh hingga 10 hari. Mereka juga memeriksa faktor risiko penyakit jantung, angin ahmar dan kencing manis dengan mengukur saiz pinggang, tekanan darah, kolesterol, dan tahap daya tahan insulin remaja.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati bahawa separuh remaja tidur selama sekurang-kurangnya 7.4 jam setiap malam. Hanya sekitar 2 peratus daripada mereka mendapat tidur selama 8 jam malam yang disyorkan oleh Yayasan Tidur Nasional untuk remaja berusia 14 tahun sehingga 17 tahun atau minimum 9 jam setiap malam yang disyorkan untuk remaja berusia 11 tahun hingga 13 tahun.

Kebanyakan peserta mempunyai apa yang dianggap sebagai "kualiti kelenaan yang rendah," kerana meskipun tidur, mereka kekal tidur hanya sekitar 84 peratus masa.

Masa tidur yang lebih lama dan kualiti tidur yang lebih baik dikaitkan dengan tekanan darah yang rendah, ukuran pinggang lebih kecil, dan tahap kolesterol yang lebih rendah, menurut laporan penyelidik dalam Pediatrik.

Meskipun banyak kajian sebelum ini mengaitkan tidur yang tidak mencukupi dengan masalah kesihatan termasuk kegemukan, kencing manis, masalah jantung, dan gangguan mood, kebanyakan kajian ini memberi tumpuan kepada orang dewasa atau gagal mengukur kualiti tidur secara objektif.

Ia juga tidak jelas sama ada tidur yang tidak mencukupi mungkin menyebabkan masalah kesihatan seperti lemak berlebihan atau tekanan darah tinggi, atau sama ada masalah kesihatan yang sudah wujud mungkin menjejas kebolehan para remaja untuk tidur.

Walau bagaimanapun, hasil kajian itu mendedahkan kesan kekurangan tidur pada aspek kesihatan remaja, kata Encik James Gangwisch, seorang penyelidik psikiatri di Universiti Columbia di New York City yang tidak terlibat dalam kajian tersebut.

Ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak supaya mengutamakan tidur dan membantu mereka mengamalkan rutin tidur yang baik, tambah Encik Gangwisch.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan