Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kopi rekaan lelaki ini pasti buat album Instagram anda 'rasa kerdil'

Memetik gambar makanan yang dibeli atau dimasak sudah menjadi satu kebiasaan masyarakat masa ini. Mentelah lagi, gambar yang kemudian dimuat naik kerap pasti membuat seseorang itu "menjilat jari".

Anggaran Waktu Membaca:
Kopi rekaan lelaki ini pasti buat album Instagram anda 'rasa kerdil'

Kopi rekaan Lee Kang-Bin. (Gambar: Instagram/ @leekangbin91)

Diterbitkan : 03 Jul 2017 11:57PM Dikemas Kini : 04 Jul 2017 12:05AM

KOREA SELATAN: Memetik gambar makanan yang dibeli atau dimasak sudah menjadi satu kebiasaan masyarakat masa ini. Mentelah lagi, gambar yang kemudian dimuat naik kerap pasti membuat seseorang itu "menjilat jari".

Namun, kopi lelaki dari Korea Selatan ini pasti membuat gambar makanan atau minuman anda di akaun media sosial nampak sangat "amatur".

KOPI PALING RANGGI SEJAUH INI

Kangbin Lee, seorang pembuat kopi dari Korea Selatan, berjaya memukau orang ramai dengan kopi beliau yang diberi nama Cremart.

Apa yang membezakan Cremart daripada kopi-kopi lain di kafe-kafe hipster adalah ia dilengkapi dengan reka bentuk yang unik sekali.

Menurut laporan Metro, krim kopi Cremart datang dalam reka bentuk bunga, beruang dan apa-apa reka bentuk yang Kangbin inginkan.

Sungguhpun begitu, laporan Metro menyatakan pihaknya tidak pasti bagaimana ia dilakukan dan sudah menghubungi Kangbin untuk menunjukkan cara-caranya.

MAHU LEPASI BATAS SENI KOPI

Menurut laman Oddity Central, Kongbin hanya menggunakan batang besi yang kecil dan halus dan pelet pewarna makanan untuk mencipta kopi-kopi itu.

Tinjauan BERITAMediacorp ke atas akaun Instagram Kongbin mendapati, tiada reka bentuk yang tidak dapat dilakukan beliau. Malah, lebih menarik lagi, setiap satu rekaan beliau memang mengagumkan.

"Saya mahu melepasi batas seni kopi tradisional dengan memperkenalkan warna dan lebih banyak reka bentuk," kata Kongbin kepada Oddity Central mengenai motivasinya.

"Saya rasa ia satu tambahan baik kepada bahagian kesenian bar di WLAC (Kejohanan Seni Kopi Sedunia) dan saya berharap dapat memberi nafas baru kepada laluan yang boleh dianggap terpencil dalam industri," tambahnya yang ditukil Oddity Central.

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan