Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

'Komputer' paling kecil dunia buatkan beras kelihatan seperti gergasi

Universiti Michigan sudah menghasilkan 'komputer' pengesan suhu berukuran 0.04 milimeter kubik - iaitu 'komputer' paling kecil di dunia. 

Anggaran Waktu Membaca:
'Komputer' paling kecil dunia buatkan beras kelihatan seperti gergasi

(Gambar: University of Michigan)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 03:01PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 03:03PM

MICHIGAN: Universiti Michigan sudah menghasilkan 'komputer' pengesan suhu berukuran 0.04 milimeter kubik - iaitu 'komputer' paling kecil di dunia. Ini satu-persepuluh saiz alat yang dihasilkan oleh syarikat IBM baru-baru ini yang memegang rekod itu.

Menurut laporan Endgadget.com, saiz komputer hasil universiti itu sungguh kecil sehingga ia membuat sebutir beras kelihatan seperti gergasi.

Alat berkenaan cukup sensitif sehinggakan ia boleh mengukur perubahan pada kawasan yang amat kecil, seperti sekumpulan sel dalam tubuh badan.

Endgadget.com juga menambah, para saintis selama ini mengesyaki sel tumor mempunyai suhu lebih panas sedikit berbanding tisu sihat, namun ia sukar untuk mengesahkannya sehingga sekarang.

Alat kecil itu berupaya mengesahkan dakwaan ini, dan jika ia ternyata benar, juga boleh mengukur keberkesanan rawatan barah.

Pasukan yang membangunkan alat berkenaan juga dapat membayangkan bagaimana ia boleh membantu mengesan glaukoma dari bahagian dalam mata, memantau proses biokimia, malah mengkaji siput kecil.

Namun mengapa alat itu masih digelar 'komputer'? Menurut Endgadget.com, ini kerana saiznya yang amat kecil membuat pihak universiti menilai semula takrif 'komputer'.

Alat tersebut mempunyai pemproses lengkap tetapi akan kehilangan data apabila kuasanya dimatikan. Bagi sesetengah pihak, sebuah komputer sebenar perlu fungsi lebih lengkap daripada ini.

Bagaimanapun, ternyata alat ini merubah had kuasa sebuah komputer. Ia juga membayangkan bahawa penggunaan kuasa komputer yang tidak dapat dipandang mata, mungkin menjad perkara biasa tidak lama lagi. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan