Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kini anda boleh tahu jika orang tersayang ‘selamat’ di Facebook

Ia diperluaskan untuk mengambil kira insiden keganasan dan keganasan besar yang lain selepas serangan ngeri yang berlaku di Paris pada tahun 2015. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kini anda boleh tahu jika orang tersayang ‘selamat’ di Facebook

Gambar fail lukisan Facebook di dinding. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 08:40PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 09:05PM

SAN FRANCISCO: Risau akan keselamatan orang kesayangan anda?

Kini Facebook dapat membantu anda memastikan jika mereka yang tersayang “selamat” atau tidak di lamannya semasa bencana atau kejadian-kejadian buruk yang lain.

Satu ciri Pemeriksaan Keselamatan dikhaskan di laman Facebook yang boleh didapatkan di app mudah alihnya dan versi komputer, menurut syarikat yang berpangkalan di California itu.

“Pemeriksaan Keselamatan membantu masyarakat kita memberitahu orang tersayang mereka bahawa mereka selamat semasa krisis, mencari dan menghulurkan bantuan dan juga mengetahui lebih tentang sesebuah krisis,” menurut Facebook dalam satu catatan online.

“Kini ada satu tempat saja untuk melihat jika Pemeriksaan Keselamatan diaktifkan, mendapat maklumat yang diperlukan dan mungkin diberi bantuan kepada kawasan-kawasan yang terjejas."

Modifikasi tersebut mula dilaksanakan mulai Isnin lalu (21 Ogos).

Facebook menambah ciri Pemeriksaan Keselamatan tiga tahun lalu adalah satu cara bagi orang ramai mendapat tahu keadaan mereka yang tersayang semasa bencana alam.

Ia diperluaskan untuk mengambil kira insiden keganasan dan keganasan besar yang lain selepas serangan ngeri yang berlaku di Paris pada tahun 2015. 

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan