Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KFC sindir, ayam gorengnya bukan ayam rendang

Kecoh di laman media sosial sejak kelmarin (3 Apr) apabila kisah ayam rendang perlu rangup tular sehingga mendapat perhatian netizen seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
KFC sindir, ayam gorengnya bukan ayam rendang

(Gambar: KFC/ Facebook)

Diterbitkan : 05 Apr 2018 12:03PM Dikemas Kini : 05 Apr 2018 12:06PM

KUALA LUMPUR : Kecoh di laman media sosial sejak kelmarin (3 Apr) apabila kisah ayam rendang perlu rangup tular sehingga mendapat perhatian netizen seluruh dunia.

Ini semua bermula apabila tukang masak, Zaleha Kadir Olpin tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana ayam rendangnya dikatakan tidak rangup dan garing.

Selepas kedua-dua juri peraduan memasak itu kena 'troll' netizen, kini giliran restoran makanan segera pula menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan produk makanan mereka.

KFC Malaysia menerusi Facebooknya memuat naik sekeping gambar tertera "bukan rendang" merujuk kepada ayam gorengnya yang rangup tidak harus dikelirukan dengan rendang, lapor Astro Awani.

“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!" menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

Menurut Astro Awani, netizen rata-rata membuat spekulasi bahawa restoran ayam goreng ini akan mengeluarkan menu baru berdasarkan insiden tidak disengajakan ini.

Selain KFC, satu lagi restoran makanan segara, myBurgerLab juga menggunakan platform media sosial di Twitter.

Sambil memuat naik produknya, iaitu burger ayam goreng dengan kuah dan nada kapsyen nakalnya berbunyi "Kami ada ayam rendang yang anda mahu! Boleh kami masuk Masterchef sekarang?"

Apa yang nyata, ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia apabila ia mendapat sokongan bukan hanya rakyat Malaysia, malah ahli-ahli politik dari kerajaan mahupun pembangkang!  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan