Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KFC S'pura akan henti sediakan penyedut, penutup minuman plastik di dalam restoran

KFC tidak lagi akan menyediakan penutup dan penyedut minuman plastik di kesemua 84 cawangan di Singapura, bermula Rabu(20 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
KFC S'pura akan henti sediakan penyedut, penutup minuman plastik di dalam restoran

Gambar Hiasan: Contoh bungkusan makanan di restoran KFC. (Gambar: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 05:58PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 06:01PM

SINGAPURA: KFC mengumumkan pada Isnin (18 Jun) bahawa pihaknya tidak lagi akan menyediakan penutup dan penyedut minuman plastik di kesemua 84 cawangan di Singapura, bermula Rabu.

Ini adalah sebahagian daripada usaha rangkaian makanan segera itu untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

Namun, restoran tersebut akan terus memberi penutup plastik bagi minuman yang dibawa pulang.

Dalam satu kenyataan media, KFC menyatakan bahawa langkah tersebut - yang merupakan sebahagian daripada kempen 'No Straws Inisiatif' yang dilaksanakannya akan mengurangkan 17.8 tan metrik plastik sekali guna dalam setahun.

"Kami akur penggunaan plastik sekali guna merosakkan alam sekitar, dan sedang mengambil langkah untuk mainkan peranan kami dalam melakukan perubahan," kata Cik Lynette Lee, pengurus besar di Kentucky Fried Chicken Management.

"Kami akur bahawa setiap langkah membawa kesan, dan berbangga menjadi restoran makanan segera pertama di Singapura untuk perjuangkan gerakan ini, satu 'straw' demi satu 'straw'," tambah beliau.

Percubaan pertama KFC Singapura untuk menjadi lebih mesra alam bermula pada Disember 2016, apabila pihaknya menghentikan penggunaan bekas kertas makanan dalam restoran dan sebaliknya menyajikan makanan dalam bekas yang boleh diguna semula.

Pada awal 2017, KFC menggantikan bungkusan gabus dalam hidangan sarapan pagi dan buburnya dengan bungkusan kertas kitar semula.

Usaha tersebut mengurangkan penggunaan bekas kertas sebanyak 2.5 juta set dalam masa enam bulan. Jumlah penggunaan bungkusan gabus berkurangan 700,000 set dalam jangka masa yang sama, menurut KFC.

Syarikat tersebut juga menyatakan pihaknya akan terus menyemak dan menguatkuasakan penggunaan bungkusan lebih mudah terurai (biodegradable).

Sumber : CNA/tq/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan