Images
  • permainan video telefon bijak
    Gambar hiasan seorang remaja bermain permainan video di telefon bijak (Gambar: AFP)

Ketagihan 'gaming' disenarai sebagai gangguan mental oleh WHO

LONDON: Mungkin sudah terlintas di fikiran ramai ibu bapa untuk menghadkan masa anak-anak mereka di hadapan skrin peranti. Kini ada alasan baru yang mewajarkannya: ketagihan permainan video disifatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai satu masalah gangguan mental.

Rujukan terkini WHO yang menyenarai penyakit yang dikenalpasti itu menyifatkan ketagihan permainan digital dan video sebagai "pola tingkah laku permainan berulang" sehinggakan "ia diutamakan atas minat-minat yang lain".

Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD) yang sudah dikemaskini sepanjang 10 tahun yang lalu, kini merangkumi 55,000 kecederaan, penyakit dan punca kematian. Ia dijadikan asas bagi WHO dan para pakar untuk mengesan dan memberi respon terhadap trend kesihatan.

Buat julung-julung kalinya versi ICD terbaru - yang dikenali sebagai ICD-11 diterbitkan dalam bentuk elektronik secara keseluruhannya. Ini sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan akses bagi para doktor dan pekerja kesihatan serata dunia.

Menurut kenyataan WHO, ICD yang dikemaskini ini dijadual diserahkan kepada anggota-anggota WHO di acara tahunan Sidang Kesihatan Dunia pada Mei 2019, untuk diterima pakai menjelang Januari 2022.

- Reuters/TQ/tq

Top