Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Kesan toksik' dikesan apabila bakteria dalam perut terdedah kepada pemanis tiruan

Pemanis tiruan yang seringkali digunakan dalam makanan dan minuman boleh menjadi toksik kepada bakteria dalam perut manusia, menurut kajian yang dijalankan oleh para pengkaji dari Singapura dan Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
'Kesan toksik' dikesan apabila bakteria dalam perut terdedah kepada pemanis tiruan

Gambar fail. (Gambar: Pixabay/Ratfink1973)

Diterbitkan : 03 Oct 2018 12:02AM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 12:06AM

SINGAPURA: Pemanis tiruan yang seringkali digunakan dalam makanan dan minuman boleh menjadi toksik kepada bakteria dalam perut manusia, menurut kajian yang dijalankan oleh para pengkaji dari Singapura dan Israel.

Para pengkaji dari institusi-institusi termasuk Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Bben Gurion di Negev (BGU) mengkaji kesan-kesan enam jenis pemanis tiruan yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat serta 10 jenis suplemen sukan yang mengandungi pemanis-pemanis tersebut pada bakteria yang diubah suai, sebagai contoh untuk bakteria perut manusia. Hasil kajian mereka diterbitkan pada 25 September dalam jurnal kajian Molecules.

Pemanis-pemanis tiruan adalah pengganti gula dan selalunya digunakan sebagai penyedap makanan, termasuk dalam produk-produk Diet Coke dan minuman bergas lain.

Bakteria yang digunakan dalam kajian tersebut diubah suai secara genetik untuk bercahaya apabila ia mengesan bahan toksik yang diperkenalkan dalam persekitarannya.

Para pengkaji itu mendapati bahawa apabila mereka mendedahkan keenam-enam pemanis tiruan - aspartame, sucralose, saccharin, advantame, neotame and acesulfame potassium-k - kepada bakteria, ia akan menjadi toksik.

Sementara itu, suplemen-suplemen sukan yang diuji itu turut mencetuskan kesan toksik dalam bakteria tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan