Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kereta api, bas bertemakan Tahun Baru Cina dilancarkan

Dua kereta api dan lima bas yang dihiasi dengan tema Tahun baru Cina dilancarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta api, bas bertemakan Tahun Baru Cina dilancarkan

Gambar gerabak kereta api yang dihiasi dengan tema Tahun Baru Cina. (Gambar-gambar: LTA)

Diterbitkan : 03 Feb 2018 09:05PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 12:41AM

SINGAPURA: Dua kereta api dan lima bas yang dihiasi dengan tema Tahun baru Cina dilancarkan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan hari ini (3 Feb) bahawa kereta api bertemakan Tahun Baru Cina di Laluan Timur Laut, Utara-Selatan dan Timur-Barat dilancarkan dengan kerjasama Jawatankuasa Perundingan Rakyat Kreta Ayer-Kim Seng.

Selain kereta api, platform stesen Outram Park di Laluan Timur Laut turut dihiasi dengan tema yang sama. 

Khidmat bas 80, 143, 147, 166 dan 174 yang melalui Chinatown dan kawasan-kawasan seperti Toa Payoh, Sengkang, Jurong East dan Clementi, akan memberikan "semangat musim perayaan ke kawasan kejiranan", menurut LTA.

Hiasan-hiasan ini akan memaparkan motif-motif anjing, bunga pic yang melambangkan jangka hayat panjang, jongkong-jongkong emas yang melambangkan kekayaan dan kemewahan, serta hiasan Cina berpasangan yang mengucapkan Tahun Baru, menurut pihak berkuasa itu.

Hiasan-hiasan Tahun Baru Cina pada kereta api, bas dan platform pengangkutan itu akan dipasang sehingga 2 Mac.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan