Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kepak ayam bersalut emas jadi perhatian!

Dicipta oleh sebuah restoran di bandar New York, 'The Ainsworth' dengan kerjasama bintang realiti TV Jonathan Cheban yang dikenali dengan nama instagram ‘foodgod’, kepak ayam bersalut emas 24k itu melambangkan kemewahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kepak ayam bersalut emas jadi perhatian!

(Gambar: Facebook The Ainsworth)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 10:27PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 10:35PM

NEW YORK: Kepak ayam biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi sebuah restoran menaikkan 'martabat' makanan jalanan itu kepada status mewah dengan memperkenalkan kepak ayam bersalut emas pertama di dunia.

Dicipta oleh sebuah restoran di bandar New York, 'The Ainsworth' dengan kerjasama bintang realiti TV Jonathan Cheban yang dikenali dengan nama instagram ‘foodgod’, kepak ayam bersalut emas 24k itu melambangkan kemewahan.

Selepas direndam dalam mentega kelapa, 'chipotle', dan adunan madu selama 24 jam, ia digoreng dalam minyak panas dan kemudian disalut dengan sos emas metalik yang membuatkan ia kelihatan berkilat seperti disalut emas. Akhirnya sekali hidangan ini ditabur dengan habuk emas yang boleh dimakan.

Menurut The Ainsworth, kepak ayam mewah ini boleh didapati dalam tiga harga: 10 ketul kepak berharga AS$30 (S$40.50), 20 kepak untuk AS$60 (S$81)

Kepak ayam bersalut emas ini menjadi perhatian ramai sejak bulan lalu, selepas pereka bersama, Encik Jonathan Cheban atau 'foodgod' memuat naik gambar hidangan itu di Instagram.

"Saya tak sangka orang ramai mahu membayar untuk makan sesuatu yang kelihatan macam logam," kata Encik Cheban.

Kepak ayam emas FOODGOD 24k dilancarkan di Ainsworth's Chelsea dan East Village bulan lepas dan dijangka menjadi menu tetap di lokasi lain rantaian restoran itu pada masa akan datang.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan