Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kencing manis, kegemukan boleh mengakibatkan barah

Hampir enam peratus penyakit barah baru yang dikesan di seluruh dunia pada 2012 - sekitar 800,000 kes - berpunca daripada kencing manis dan berat badan berlebihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Nov 2017 09:39AM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 12:26AM

LONDON: Hampir enam peratus penyakit barah baru yang dikesan di seluruh dunia pada 2012 - sekitar 800,000 kes - berpunca daripada kencing manis dan berat badan berlebihan.

Demikian menurut satu kajian yang diterbitkan hari ini (28 Nov).

Daripada 12 jenis barah yang dikaji, sehingga sepertiga kes-kes tersebut berhubung kait dengan faktor kencing manis dan berat badan keterlaluan, menurut laporan jurnal perubatan The Lancet Diabetes & Endocrinology.

Barah yang berpunca daripada kedua-dua kencing manis dan kegemukan lebih menjejas wanita berbanding lelaki sebanyak dua kali ganda.

Hakikatnya, kedua-dua faktor ini sering hadir bersama, memandangkan kegemukan adalah antara penyebab utama kencing manis.

"Meskipun kaitan antara kegemukan dan penyakit barah dikenal pasti buat beberapa lamanya, hubungan antara kencing manis dan barah hanya ditemui baru-baru ini," kata ketua penulis Jonathan Pearson-Stuttard, seorang felo pengkaji perubatan di Fakulti Perubatan Imperial College London.

"Kajian kami menunjukkan bahawa kencing manis - sama ada dengan sendirinya ataupun dengan berat badan berlebihan - bertanggungjawab atas ratusan ribu kes barah setiap tahun di seluruh dunia." 

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan