Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Keliru buah nangka atau durian, Martha Stewart dikecam netizen

Ini buah nangka atau durian? Ternyata orang Barat masih lagi keliru dengan makanan Asia, termasuklah cef terkenal Amerika Syarikat, Martha Stewart.

Anggaran Waktu Membaca:
Keliru buah nangka atau durian, Martha Stewart dikecam netizen

Buah durian yang disangkakan buah nangka. (Gambar: @kixes/Twitter)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 09:12PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 09:43PM

BERITAmediacorp: Ini buah nangka atau durian? Ternyata orang Barat masih lagi keliru dengan makanan Asia, termasuklah cef terkenal Amerika Syarikat, Martha Stewart.

Baru-baru ini, satu artikel yang diterbitkan dalam majalah online di bawah jenama Martha Stewart menerima perhatian ramai netizen apabila gambar durian diletakkan pada artikel mengenai kegunaan buah nangka.

Artikel itu bertajuk "Bagaimana untuk menggunakan buah nangka" yang menampilkan lima cara kegunaan buah nangka dalam masakan.

Kekeliruan Cik Martha mencetuskan perdebatan hangat di laman sosial, terutamanya dalam kalangan penggemar durian dari Singapura dan Malaysia.

Ramai netizen mengatakan bahawa bukanlah sukar untuk mencari gambar nangka memandangkan terdapat banyak gambar buah tersebut di Google.

Mereka juga mempersoalkan jika artikel itu sememangnya tentang nangka atau sebenarnya buah durian.

Kecaman itu menyebabkan pasukan Strive untuk mengeluarkan gambar itu dari artikel tersebut. Strive turut menyatakan: "Kami menyesali kesilapan itu."

Cik Martha, bagaimanapun, masih belum memberikan sebarang komen mengenai kesilapan tersebut.

Ini bukan kali pertama orang Barat dikecam netizen kerana tidak memahami makanan Asia Tenggara.

Pada April lalu, juri rancangan MasterChef UK, Gregg Wallace, mengkritik hidangan rendang yang dimasak oleh seorang rakyat Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, sebagai tidak rangup yang menyebabkan Cik Zaleha tersingkir daripada rancangan tersebut.  

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan