Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kejayaan BTS cetus perbahasan tentang pengecualian perkhidmatan negara Korea Selatan

Pengecualian berkhidmat dalam pasukan tentera diberikan kepada mereka yang ditempatkan di senarai tinggi pertandingan antarabangsa yang ditetapkan pihak pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
Kejayaan BTS cetus perbahasan tentang pengecualian perkhidmatan negara Korea Selatan

Kumpulan K-pop, BTS. (Gambar: Facebook/BTS)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 10:57PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 11:00PM

SEOUL: Di tengah-tengah perbahasan sama ada kumpulan sensasi K-Pop BTS patut dikecualikan daripada menjalani perkhidmatan negara mandatori Korea Selatan, ahli dewan negara itu, Ha Tae Kyung menggesa supaya perubahan-perubahan kepada kriteria untuk pengecualian khas diperluas bagi menimbangkan lebih banyak bentuk seni moden, menurut laporan-laporan media.

Pengecualian daripada kewajipan berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun hanya diberikan kepada mereka yang ditempatkan di senarai tinggi pertandingan-pertandingan antarabangsa yang ditetapkan oleh pihak pemerintah.

Dalam satu laporan Jumaat lalu (27 Jul) Korean Herald memetik Ha dalam satu wawancara dengan program radio tempatan sebagai berkata senarai yang ditetapkan itu tidak adil.

BTS menjadi kumpulan K-pop pertama yang berjaya mendaki ke tangga teratas carta muzik Billboard 200 pada Mei lalu.

Laman K-pop Soompi juga melaporkan bahawa semasa berucap di mesyuarat umum Jawatankuasa Pertahanan Dewan Negara pada Rabu lalu, ahli politik dari parti Bareunmirae itu menyebut penyanyi sensasi antarabangsa Psy sebagai satu lagi contoh.

Lagu Psy, 'Gangnam Style', menjadi tular semalaman selepas ia dimuat naik ke YouTube pada Julai 2012. Pada Disember tahun itu, lagu beliau menjadi video YouTube pertama mencecah tontonan satu bilion.

Soompi juga melaporkan bahawa Pengarah Ehwal Ketenteraan, Ki Chan Soo menjawab bahawa bidang-bidang yang dikecualikan daripada perkhidmatan negara dipilih menerusi perbincangan-perbincangan dengan Menteri Budaya, Sukan dan Pelancongan.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan