Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Karnival Marina Bay tawarkan 40 permainan, termasuk dari Jerman, Britain, Itali

Jika anda tiada rancangan hujung minggu ini, mengapa tidak anda kunjungi karnival gergasi seluas tiga setengah padang bola sepak, di Marina Bay Prudential.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda tiada rancangan hujung minggu ini, mengapa tidak anda kunjungi karnival gergasi seluas tiga setengah padang bola sepak, di Marina Bay Prudential.

Tiada bayaran masuk dikenakan dan sebanyak 40 permainan ditawarkan, termasuk yang dibawa khas dari Jerman, Itali dan Britain.

Kelajuannya secepat 96 kilometer sejam di bawah lapan saat dengan ketinggian 55 meter.

Bagi anda yang gemar menaiki permainan yang mendebarkan, permainan di Karnival Marina Bay Prudential itu sesuai untuk anda.

Terletak di tanah lapang Promontory dan Bayfront, karnival itu, yang menurut penganjurnya sebagai terbesar dari segi keluasannya di Singapura, menawarkan sejumlah permainan yang ditawarkan buat pertama kalinya di Singapura.

Diantara permainan ini termasuk Mach 5, Euro Coaster dan Pirate Ship, Jungle River dan Star Flyer.

Jangan risau jika anda terlupa untuk membawa wang.

Salah satu ciri unik karnival ini adalah anda boleh membuat pembayaran tanpa wang tunai.

PENGUNJUNG TEMPATAN, PELANCONG LUAH PUAS HATI

Kebanyakan pengunjung yang ditemui BERITAMediacorp meluahkan rasa puas hati.

Ramai mengatakan kemudahan akses, makanan halal dan permainan yang menyeronokkan, menjadi keistimewaan karnival ini.

"Dengan makanan halal untuk masyarakat kita boleh juga, dan harganya tidak yang semahal yang kita jangkakan, dan kepelbagaiannya rasanya ada lima, enam, rasanya yang sedap-sedap," kata Encik Muhd Fairuz Mohd Ali.

Malah, ada juga yang mengimbas kembali nostalgia karnival yang sering diadakan di estet perumahan pada tahun-tahun 1980 hingga 1990-an.

"Dulu pada tahun 1990-an, selalu ada karnival macam ini, di Kallang, Kallang Leisure. Jadi saya rasa sudah lama sejak karnival ini diadakan, ini yang terbaik," kongsi Encik Abdul Salim K Mohd kepada pihak BERITAMediacorp.

Cik Dedek Gunawan dan keluarganya yang datang dari Indonesia, berkongsi bahawa karnival tersebut turut sesuai bagi anak-anak kecil.

"Kita memang suka karnival, anak-anak kan suka mainannya. Radit (anak lelakinya) suka bola-bola terus banyak tempat tarikan. Bagus begitu, besar dan meriah, jadi kita datang ke sini," ujarnya.

HARGA PERMAINAN DIANGGAP MAHAL

Namun, sebilangan pengunjung prihatin tentang soal harga.

"Karnival ini yang menarik perhatian ialah permainannya, tapi harganya agak mahal, dan saya rasa itu yang boleh diperbaiki," kongsi Cik Nurfidiah Yahya.

Cik Razianah Mohd Razman yang datang bersama keluarganya turut bersetuju.

"Yang ada permainan agak mahal sedikit, macam 7 kredit untuk satu permainan, itu mungkin mereka boleh murahkan lagi sedikit," katanya.

Karnival ini dibuka setiap hari dari 4.00 petang sampai 11.00 malam, hingga April tahun depan. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan