Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kanggaru sasa mati pada usia 12 tahun

Kanggaru yang dinamakan Roger dan sebelum ini sempat terkenal di Internet kerana 'bertubuh sasa', sudah mati pada usia 12 tahun, menurut The Kangaroo Sanctuary Alice Springs.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanggaru sasa mati pada usia 12 tahun

Roger menjadi terkenal selepas gambarnya tular di Internet pada 2015. (Gambar: The Kangaroo Sanctuary/Facebook)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 01:53PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 01:19AM

ALICE SPRINGS: Kanggaru yang dinamakan Roger dan sebelum ini sempat terkenal di Internet kerana 'bertubuh sasa', sudah mati pada usia 12 tahun, menurut The Kangaroo Sanctuary Alice Springs.

Haiwan itu mati pada Sabtu (8 Dis) lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik Chris "Brolga" Barns, seorang penyelamat kanggaru dan pengasas The Kangaroo Sanctuary, kanggaru itu dilaporkan mati kerana usia senja.

"Ia satu hari yang amat menyedihkan hari ini kerana kami kehilangan Roger. Roger mati, dan ia berusia 12 tahun. Sepuluh tahun lalu, saya membuka pusat perlindungan hidupan liar ini supaya Roger dapat tinggal di sini. Di sini jugalah tempat bagi pasangannya, Ella dan Abigail," kata Encik Barns.

"Roger adalah kanggaru jantan hebat kami selama beberapa tahun ini, dan ia membesar menjadi seekor kanggaru yang penyayang dan disayangi. Ia akan sentiasa dalam ingatan kami. Kami sudah semadikannya di sini supaya ia dapat bersama keluarganya."

Roger menjadi terkenal di Internet pada 2015, apabila gambar-gambar tubuhnya yang sasa dan gelagatnya memecahkan baldi besi, menjadi tular. Beratnya sekitar 90 kilogram sementara ketinggiannya pula sekitar dua meter.

Pada Januari, Encik Barn menjelaskan dalam satu video bahawa Roger sudah "bersara" dan tidak lagi agresif seperti sebelumnya atas faktor usia.

"Ia sebelum ini akan mengejar saya hingga ke mana-mana, sebaik sahaja ia melihat saya, ia akan mahu 'kickbox' saya - tetapi tidak lagi sekarang. Ia seperti lelaki tua yang sudah bersara, dan kami menyayanginya."

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan