Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kanak-kanak semakin mudah akses bahan lucah: bagaimana untuk atasinya?

Kementerian serta agensi berkaitan digesa menggiatkan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mengawal akses kepada pornografi menerusi alam siber dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak semakin mudah akses bahan lucah: bagaimana untuk atasinya?

Gambar fail para pelajar menggunakan tablet. (Gambar: Damien Meyer/ AFP)

Diterbitkan : 29 Sep 2018 09:12PM Dikemas Kini : 29 Sep 2018 09:17PM

SEREMBAN: Kementerian serta agensi berkaitan digesa menggiatkan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mengawal akses kepada pornografi menerusi alam siber dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Eddin Syazlee Shith berkata perkara itu merupakan agenda penting dalam kementeriannya namun memerlukan penglibatan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan bagi menjayakannya.

Menurutnya, kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 menunjukkan 35.3 peratus mereka yang berusia 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pornografi dengan kebanyakannya mengakses bahan itu melalui Internet, telefon pintar serta cakera padat atau cakera video digital lucah, sekali gus meningkatkan risiko remaja sekolah terlibat dalam perlakuan seks.

"Tidakkah ini menakutkan kita? Sebab itu pelaksanaan kempen kawalan penggunaan gajet dan Keluarga Bijak Siber perlu diperluas," katanya berucap merasmikan Seminar Keibubapaan 'Sekeluarga Tolak Pornografi', di Seremban pada Sabtu (29 Sep).

Katanya kerajaan juga komited untuk memperkasa Dasar Keluarga Negara sebagai panduan kepada semua pihak.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan