Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kanak-kanak ketagih dengan iPad, tidak tahu lagi gunakan buku

Kanak-kanak kini ketagih dengan menggunakan iPad dan telefon bijak sehingga mereka cuba untuk menukar dengan gerakan jari atau 'swipe' buku apabila diberikan oleh guru mereka untuk dibaca. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak ketagih dengan iPad, tidak tahu lagi gunakan buku

Gambar hiasan. (Gambar: PATRICK KOVARIK / AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2018 02:10PM Dikemas Kini : 05 Apr 2018 02:12PM

BRITAIN: Kanak-kanak kini ketagih dengan menggunakan iPad dan telefon bijak sehingga mereka cuba untuk menukar dengan gerakan jari atau 'swipe' buku apabila diberikan oleh guru mereka untuk dibaca.

Kakitangan sekolah berkata kebanyakan pelajar tidak mengenali buku dan tidak tahu bagaimana untuk menukar halaman, menurut Dailymail.

Mereka menggunakan cara seperti telefon bijak atau tablet - seakan-akan buku tersebut merupakan skrin.

Anggota Kesatuan Guru-guru Kebangsaan menyatakan perkara ini berlaku semasa di tadika dan prasekolah.

Mereka berpendapat bahawa ini disebabkan oleh ibu bapa memberikan iPad pada usia yang agak muda lagi, selain daripada memberikan buku-buku tradisional kanak-kanak, menurut Dailymail.

Cik Jennifer Bhambri-Lyte, seorang anggota kesatuan pekerj dari North Somerset ditukil laman Dailymail sebagai berkata: "Berkongsi buku menyatukan ibu bapa perkongsi detik-detik berharga bersama.

"Saya pernah mengajar di tadika dan amat membimbangkan apabila melihat seorang kanak-kanak mengambil buku dan cuba 'swipe' ke kiri."

Beliau berkata semasa persidangan tahunan NUT bahawa trend sedemikian mungkin akan mengambil masa bersama keluarga.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan