Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kajian: Susu berlemak mungkin lebih sihat bagi jantung anda

Buat beberapa tahun lamanya, susu tanpa lemak atau separuh lemak dianggap sebagai pilihan yang lebih berkhasiat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kajian: Susu berlemak mungkin lebih sihat bagi jantung anda

(Gambar: PHILIPPE HUGUEN / AFP)

Diterbitkan : 07 Feb 2018 08:36PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 08:39PM

COPENHAGEN: Buat beberapa tahun lamanya, susu tanpa lemak atau separuh lemak dianggap sebagai pilihan yang lebih berkhasiat.

Namun demikian, hasil kajian baru menunjukkan bahawa susu berlemak mungkin lebih baik buat jantung anda.

Sebuah pasukan dari Universiti Copenhagen di Denmark menemui bahawa susu lemak boleh meningkatkan paras kolestrol "baik" (HDL) dalam darah, menurut laporan DailyMail UK.

Kajian terhadap peserta yang terlibat menunjukkan pula tiada perbezaan dalam kolestrol "tidak baik" (LDL) antara kedua-dua jenis susu.

Paras kolestrol tinggi selalu dikaitkan dengan penyakit jantung dan angin ahmar dan amat berbahaya jika tidak dirawat, menurut DailyMail UK.

Kolestrol baik pula mempunyai kesan yang baik dalam badan kerana ia membawa keluar kolestrol buruk dari urat ke hati, di mana ia diproses dan dikeluarkan dari badan.

Kajian sebelum ini juga menunjukkan bahawa susu berlemak juga dikaitkan dengan risiko kencing manis lebih rendah.

Para pengkaji mengatakan hasil kajian mereka menunjukkan bahawa susu berlemak dan susu kurang lemak semuanya sama.

Dalam laporan ditukil DailyMail UK, kajian para penyelidik mendapati: "Garis pandu pemakanan sekian lama menyarankan untuk memilih produk-produk susu rendah lemak kerana kandungan lemak tepu yang tinggi yang meningkatkan lagi kolestrol LDL.

"Namun begitu, kajian turut menemukan bahawa tiada kaitan antara pengambilan susu dan risiko sakit jantung, dan juga kencing manis Jenis-2.

"Dengan itu, kajian kami mendapati susu lemak mungkin boleh dijadikan sebagai makanan sihat untuk penduduk.”  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan