Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kaedah baru kesan osteoporosis diuji

Buat pertama kalinya, keupayaan fizikal dan sejarah sakit sendi kronik para pesakit akan dinilai bagi mengesan risiko osteoporosis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2018 08:18PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:12PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, keupayaan fizikal dan sejarah sakit sendi kronik para pesakit akan dinilai bagi mengesan risiko osteoporosis.

Satu cara pemeriksaan bagi mengesan osteoporosis dengan lebih tepat dalam kalangan wanita berumur dibangunkan oleh Sistem Kesihatan Hospital Universiti Nasional Singapura (NUHS).

Osteoporosis menyerang secara senyap, namun ia berlaku secara kerap lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita.

Dalam kajian yang dijalankan sepanjang dua tahun, para pengkaji mencatatkan usia, berat badan dan status selepas putus haid dalam kalangan sekitar 500 wanita.

Pengurangan pengeluaran estrogen sewaktu putus haid didapati mempunyai kaitan secara langsung dengan ketumpatan tulang yang lebih rendah.

Dikira bersama, petanda-petanda ini sekitar 26 peratus lebih tepat berbanding cara-cara pengesanan yang lain.

Kajian itu masih di peringkat awal dan para doktor akan menentukan jika dapatan serupa boleh diraih bagi jenis osteoporosis yang lain, seperti di bahagian pinggang.

Sumber : CNA/HA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan