Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jurugambar buka agensi peragaan OLDUSKA buat model-model lanjut usia

Anda sudah memasuki usia senja? Kulit berkedut dan rambut beruban? Ini semua tidak lagi akan menjadi halangan jika anda masih memendam keinginan untuk menjadi seorang model.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurugambar buka agensi peragaan OLDUSKA buat model-model lanjut usia

(Gambar: Oldushkamodels/ Instagram)

Diterbitkan : 03 Feb 2018 09:45PM Dikemas Kini : 14 Feb 2018 10:59PM

RUSIA: Anda sudah memasuki usia senja? Kulit berkedut dan rambut beruban? Ini semua tidak lagi akan menjadi halangan jika anda masih memendam keinginan untuk menjadi seorang model.

Di Rusia, agensi peragaan khusus bagi generasi perintis ditubuhkan. OLDUSKA memilih untuk mengambil risiko mengambil warga emas sebagai model mereka walaupun agensi-agensi lain memilih sebaliknya.

Pengasas OLDUSKA ialah seorang jurugambar bernama Igor Gavar. Sepanjang lima setengah tahun lalu, beliau mengambil wanita dan lelaki yang berusia antara 45 hingga 80-an tahun sebagai modelnya. Menurutnya, setiap model yang dipilih mempunyai ciri-ciri yang unik dan mereka mengambil bahagian dalam pelbagai kempen iaitu daripada fesyen avant garde hinggalah kepada penggambaran bertemakan gaya hidup.

Kini, Gavar sedang berusaha untuk mengubah persepsi orang ramai tentang siapa dan apa yang disifatkan sebagai 'cantik'.

"Model-model ini sebenarnya wadah untuk menolak stereotaip yang ada dalam masyarakat.

"Mereka adalah contoh yang memberi inspirasi untuk membuktikan bahawa anda masih boleh kelihatan cantik pada usia lanjut," kata Gavar kepada My Modern Met.

Sumber : Agensi berita/AQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan