Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jumlah harimau liar naik hampir seganda di Nepal

Jumlah harimau liar di Nepal meningkat hampir sekali ganda sejak sembilan tahun lalu, kata pihak berkuasa pada Isnin (24 Sep) dalam satu kejayaan negara itu menyelamatkan haiwan terancam berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah harimau liar naik hampir seganda di Nepal

Tinjauan yang dijalankan awal 2018 menunjukkan terdapat 235 ekor harimau di Nepal. (Gambar: Ho/AFP)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 09:01AM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 01:13PM

KATHMANDU: Jumlah harimau liar di Nepal meningkat hampir sekali ganda sejak sembilan tahun lalu, kata pihak berkuasa pada Isnin (24 Sep) dalam satu kejayaan negara itu menyelamatkan haiwan terancam berkenaan.

Pelbagai kumpulan hidupan liar menyambut baik berita itu sebagai satu tanda bahawa penglibatan politik dan strategi pemuliharaan inovatif mampu mengekang kemerosotan jumlah harimau Diraja Bengal.

Tinjauan yang dijalankan awal tahun ini menunjukkan wujud 235 ekor harimau di Nepal. Jumlah itu satu peningkatan daripada kira-kira 121 ekor pada 2009.

Pasukan pemuliharaan dan pakar hidupan liar menggunakan lebih 4,000 kamera dan kira-kira 600 ekor gajah meronda laluan sejauh 2,700 kilometer di seluruh kawasan dataran selatan Nepal tempat tinggal spesies itu.

“Ia adalah hasil kerjasama pemerintah, masyarakat tempatan dan pemegang kepentingan lain untuk melindungi habitat harimau dan memerangi aktiviti memburu,” kata ketua pengarah Jabatan Taman Negara dan Pemuliharaan Hidupan Liar Nepal, Man Bahadur Khadka.

Kegiatan pemusnahan hutan, pencerobohan habitat dan pemburuan mengakibatkan jumlah harimau berkurangan di seluruh Asia, namun pada 2010, Nepal dan 12 negara lain memeterai perjanjian menggandakan jumlah harimau menjelang 2022.

Sumber : AFP/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan