Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jika anda minum 3 cawan kopi sehari, anda mungkin ….

Para penggemar kopi kerap berkata rugi jika anda tidak suka meminum kopi. Nampaknya, kata-kata itu mungkin membantu mereka hidup lebih lama, menurut dua kajian utama antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Jika anda minum 3 cawan kopi sehari, anda mungkin ….

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jul 2017 08:55PM Dikemas Kini : 12 Jul 2017 10:26PM

MIAMI: Para penggemar kopi kerap berkata rugi jika anda tidak suka meminum kopi. Nampaknya, kata-kata itu mungkin membantu mereka hidup lebih lama, menurut dua kajian utama antarabangsa.

Kajian pertama, yang diterajui Agensi Antarabangsa Bagi Kajian Terhadap Barah (IARC) dan Kolej Imperial London, menyelidik lebih 500,000 penduduk di 10 negara Eropah.

Mereka yang meminum kopi sekitar tiga cawan sehari hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak meminum kopi langsung, menurut kajian itu. Ini disifatkan para pengkaji sebagai analisis terbesar kesan meminum kopi dalam penduduk Eropah.

“Kami mendapati mereka yang meminum kopi dengan banyak kurang berisiko meninggal dunia daripada sebarang sebab kesihatan terutama sekali penyakit sistem perjalanan darah dan penghadaman,” kata Ketua Pengkaji IARC Marc Gunter.

“Yang penting sekali, hasil ini sama di semua 10 negara Eropah meskipun amalan dan budaya meminum kopi itu berbeza.”

Kajian kedua pula termasuk lebih 180,000 peserta pelbagai latar belakang di Amerika Syarikat.

Ia mendapati kopi menyebabkan seseorang itu hidup lebih lama dan mereka kurang berisiko mengalami penyakit jantung, barah, angin ahmar, kencing manis dan penyakit pernafasan dan ginjal.

Mereka yang meminum secawan kopi setiap hari 12 peratus hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak meminum kopi langsung.

Mereka yang meminum dua atau tiga cawan pula 18 peratus hidup lebih lama.

Pakar-pakar bagaimanapun memberi amaran bahawa laporan-laporan berdasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah itu gagal membuktikan kopi adalah punca ramai penggemarnya hidup lebih lama.

MINUMAN YANG DISUKAI RAMAI

Kopi adalah antara minuman paling popular di dunia. Sekitar 2.25 bilion cawan kopi diminum setiap hari.

Banyak kajian sebelum ini juga menenkankan manfaat meminum kopi dengan mengatakan kopi mengeluarkan anti-oksida, memperbaiki fungsi hati dan mengurangkan radang.

Namun kopi juga pembawa risiko bagi sebilangan orang dan terbukti wanita hamil dan kanak-kanak harus mengelak daripada meminum kopi kerana ia boleh menyebabkan kematian jika diminum dengan banyak.

Satu laporan IARC tahun lalu menyatakan meminum minuman panas – kopi, teh dan banyak lagi – mungkin antara punca barah esofagus, iaitu tiub yang menghubungkan tekak dan perut.

PAKAR GESA SUPAYA WASPADA

Bagaimanapun pakar-pakar yang tidak terlibat dalam kajian terbaru itu menggesa orang ramai supaya waspada dalam meneliti hasil kajian berkenaan.

Misalnya, kajian di Eropah itu tidak mengambil kira mereka yang mengalami barah, penyakit jantung atau kencing manis. Ini bermakna ia hanya mengkaji mereka berusia lebih 35 tahun yang secara amnya sudah mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Mereka juga mempersoalkan soalan meminum kopi itu hanya ditanya para peserta sekali saja, pada awal kajian dan tidak mengemas kini perangkaan tersebut sepanjang kajian itu dijalankan, yang termasuk tempoh susulan purata 16 tahun.

Akhir sekali, pakar-pakar ini juga mendapati kaitan antara golongan wanita yang meminum kopi dan berisiko mengalami kematian disebabkan barah. Namun, mereka belum dapat membuktikan perkara itu dan masih menganggapnya sebagai “tidak betul”.

Sumber : AFP/Agensi berita/ru/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan