Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jika anda alami gejala ini, kurangkan minum kopi kerana...

Semua pasti tahu minuman kopi 'senjata' mengalahkan rasa ngantuk. Ada juga yang minum kopi kerana ingin mengikuti trend, manakala sesetengah pula jadikan kopi sebagai minuman harian.

Anggaran Waktu Membaca:
Jika anda alami gejala ini, kurangkan minum kopi kerana...

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2018 10:39PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 10:49PM

INDONESIA: Semua pasti tahu minuman kopi 'senjata' mengalahkan rasa ngantuk. Ada juga yang minum kopi kerana ingin mengikuti trend, manakala sesetengah pula jadikan kopi sebagai minuman harian.

Yang jelas, ada bahaya jika anda minum kopi secara berlebihan. Lebih-lebih lagi jika anda mula mengalami gejala-gejala seperti berikut:

1. MUDAH RASA CEMAS

Menurut Institut Kesihatan Mental Amerika Syarikat, mereka yang meminum terlalu banyak kopi akan mudah berasa cemas sehingga ia mampu menjejas waktu tidur anda.

Malah, anda akan mudah terjaga semasa tidur dan tidak dapat tidur nyenyak.

2. SAKIT PERUT

Kalau anda sering mengalami sakit perut pula dan tidak tahu penyebabnya, kopi mungkin puncanya. Kopi juga punca penyakit refluks gastroesofageal iaitu gangguan pada proses pencernaan.

Oleh sebab itu, jika anda mengalami gastrik, cuba elak daripada meminum kopi. Satu lagi tips buat anda supaya tidak sakit perut, usahakan untuk makan terlebih dahulu sebelum minum kopi.

(Gambar hiasan: Roberto Schmidt/ AFP)

(Gambar hiasan: Roberto Schmidt/ AFP)

3. DENYUTAN JANTUNG TERLALU PANTAS

Minum kopi berlebihan juga akan menjejas degupan jantung anda. Kafeina dalam kopi dipercayai boleh menyebabkan denyutan jantung anda menjadi terlalu pantas sehingga anda berasa sakit kepala dan pengsan.

4. CIRIT-BIRIT

Bagi segelintir masyarakat, kopi membawa kesan sebagai laksatif ataupun minuman yang merangsang pembuangan air besar. Golongan ini akan sering membuang air besar dan ada pula akan mengalami cirit-birit.

Menurut satu jurnal, dua cawan kopi sudah cukup untuk meningkatkan risiko seseorang mengalami cirit-birit. Maka itu, jika anda seringkali ulang alik ke tandas, anda perlu kurangkan minum kopi.

Gambar Hiasan. (Gambar: AFP)

(Gambar hiasan: AFP)

5. SUKAR TIDUR

Kopi sememangnya membantu terutama sekali ketika ada keperluan untuk terus berjaga sepanjang malam. Namun, kandungan dalam minuman kopi didapati terus berada dalam tubuh anda selama 14 jam. Ini akan membuat anda sukar tidur dan menjejas pola tidur anda.

Dalam erti kata lain, waktu tidur anda akan menjadi tidak menentu apabila anda meminum kopi secara berlebihan. Menurut Merdeka.com, kopi seharusnya diambil pada waktu pagi ataupun petang sahaja.

6. SAKIT KEPALA

Kajian mendapati kafeina dalam kopi mampu meredakan sakit kepala. Tidak hairan mengapa ramai sering meminum kopi ketika berasa tertekan dan ketika mereka ingin menenangkan fikiran.

Bagaimanapun, Universiti Johns Hopskins mendapati bahawa mereka yang minum lebih dari 500 miligram kopi (atau 5 cawan kopi) akan membuat anda lebih sakit kepala dan berasa lemas. Minuman lain yang mengandungi kafeina seperti teh, soda atau minuman tenaga, juga akan membawa kesan yang sama.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan