Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jemaah haji, umrah dilengkapi jam, alat pendengaran canggih jelang 2029

Kementerian Haji dan Umrah di Arab Saudi menerbitkan sebuah video yang menampilkan alat teknologi canggih yang akan dilancarkan pada 2029 untuk memudahkan pengalaman ibadah haji dan umrah bagi jemaah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah haji, umrah dilengkapi jam, alat pendengaran canggih jelang 2029

Petikan video visi jemaah haji & umrah pada 2029 (Petikan dari video Al-Arabiya)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 02:33PM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 12:25AM

ARAB SAUDI: Kementerian Haji dan Umrah di Arab Saudi menerbitkan sebuah video yang menampilkan alat teknologi canggih yang akan dilancarkan pada 2029 untuk memudahkan pengalaman ibadah haji dan umrah bagi jemaah.

Menurut Al-Arabiya, video tersebut menunjukkan setiap jemaah akan menerima sebuah pakej sebelum perjalanan mereka. Pakej itu termasuk lencana, alat pendengaran dan jam tangan elektronik yang perlu dipakai pada tiap-tiap masa.

Al-Arabiya melaporkan, lencana itu akan membolehkan jemaah memasuki gerbang elektronik dan bukan laluan kastam di lapangan terbang. Mereka kemudian akan terus menaiki kereta api ke destinasi masing-masing. Lencana itu juga digunakan untuk memasuki bilik hotel tanpa perlu mendaftar penginapan atau 'check-in'.

Alat pendengaran dan jam tangan elektronik itu menyediakan para jemaah dengan maklumat dalam sebarang bahasa. Ia akan memaklumkan jemaah apabila mereka selesai bertawaf dan memperdengarkan bacaan doa kepada mereka, demikian menurut Al-Arabiya.

Setiap alat dihubungkan kepada telefon bimbit jemaah dan dilengkapi alat pengesan agar ahli keluarga dapat mencari satu sama lain seandainya salah seorang daripada mereka tersesat dalam keadaan sesak.

Alat pendengaran juga membolehkan pihak berkuasa di kawasan itu untuk membantu menterjemahkan arahan secara langsung kepada jemaah.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan