Images
  • spanking
    (Ilustrasi: You Jung Byun untuk The New York Times)

Jangan terpekik terlolong pada anak anda; sebaliknya cuba puji mereka

NEW YORK: Jangan pukul anak anda! Cara 'mendidik' seperti ini sudah semakin 'berkurangan' sejak 50 tahun lalu. Bagaimana pula sifat menjerit atau terpekik terlolong pada anak anda?

Anehnya, masih ramai yang melakukan perkara ini meskipun kadangkala ibu bapa kelihatan 'bodoh' melakukannya.

Tinjauan yang dijalankan oleh The Journal of Child Development pada 2014 mendapati bahawa keluarga-keluarga yang kerap melakukan perkara seperti ini menyebabkan anak-anak mereka mengalami 'rendah harga diri' dan kadar kemurungan dalam kalangan kanak-kanak ini turut meningkat akibat tabiat buruk sedemikian.

Menurut tinjauan itu, ia juga meningkatkan paras kegelisahan dan tekanan, selain menimbulkan masalah tingkah laku.

Hakikatnya, ibu bapa yang bertindak sedemikian hanya akan membuat mereka (ibu bapa) kelihatan lemah. Secara jujurnya, jika anda mula memekik pada anak anda, ia kerana anda lemah!

Terpekik terlolong seperti itu hanya menunjukkan bahawa anda tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk mendisiplin anak anda.

Sebagai contoh, daripada terus menerus memarahi anak anda kerana dia mencampakkan kasutnya sembarangan, ada baiknya jika anda menasihati anak anda supaya meletakkannya di tempat yang sudah ditetapkan dan kemudian memuji dan memeluknya atas perbuatan tersebut.

Jika anak-anak kita berkelakuan baik, maka tidak perlulah untuk kita terpekik terlolong dan jika kita tidak melakukan demikian, maka tingkah laku mereka juga akan bertambah baik.

Sungguhpun demikian, kajian yang sama turut mendapati bahawa naluri ini sukar untuk dihapuskan.

Malah ada sesetengah ibu bapa yang berpendapat bahawa dengan "terpekik terlolong" seperti Tarzan, ia memberikan gambaran seolah-olah kita "sebenarnya" mengasuh atau mendidik anak-anak kita.

Pada tahun 1960-an, 94 peratus ibu bapa menggunakan hukuman fizikal untuk mendidik anak-anak mereka. Tinjauan pada 2010 pula mendapati bahawa perangkaan itu sudah merosot kepada 22 peratus.

Hakikatnya, teknik mendisiplinkan anak lebih condong kepada keberkesanannya.

Maka itu, apa kata anda cuba memuji anak anda dan jangan lagi terpekik terlolong seperti Tarzan. 

- NYT/AW/aq

Top