Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan pandang petai dengan sebelah mata, inilah khasiat makan petai...

Mungkin ramai anak muda zaman sekarang langsung tidak menyentuh petai atau jering. Mungkin ada juga yang tidak pernah mendengar 'makanan orang lama' itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan pandang petai dengan sebelah mata, inilah khasiat makan petai...

Gambar hiasan petai. (Gambar: Facebook / Resipi Orang Kampung)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 04:41PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 04:57PM

MERDEKA.COM: Mungkin ramai anak muda zaman sekarang langsung tidak menyentuh petai atau jering. Mungkin ada juga yang tidak pernah mendengar 'makanan orang lama' itu.

Namun demikian, bagi orang lebih dewasa yang gemarkan petai, ia tetap makanan istimewa. Apatah lagi kalau dimasak dengan sambal tumis ikan bilis! Tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat menahan bau petai yang begitu kuat.

Namun tahukah anda bahawa petai mempunyai khasiat yang luar biasa?

Ini dia antara manfaat-manfaat memakan petai:

1. MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF OTAK

Zat kalium yang terkandung di dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh. Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik.

Dengan itu, ia dapat meningkatkan kadar oksigen ke otak, yang memberangsangkan kegiatan saraf dan meningkatkan kognitif. Justeru, ia memperkukuhkan lagi daya ingatan seseorang.

2. MENCEGAH ANEMIA

Anemia adalah keadaan apabila badan kita kekurangan darah. Seseorang akan selalu berasa letih, berkelihatan pucat serta merasakan dirinya hendak pitam apabila mengalami anemia.

Petai mempunyai zat besi yang tinggi, yang dapat membantu dalam merangsangkan pembentukan hemoglobin dalam darah. Dengan itu, ia dapat mencegah anemia.

3. JAGA KESIHATAN JANTUNG

Seperti yang dikatakan awal tadi, petai mengandungi zat kalium yang tinggi, dan zat ini mampu mengurangi tekanan darah serta ianya baik untuk kesihatan jantung. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kalium amat penting bagi kesihatan jantung.

4. MENJAGA SISTEM PENGHADAMAN

Jika anda mengalami masalah penghadaman, anda boleh cuba memakan petai. Ini kerana petai mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit.

5. MENCEGAH KEMURUNGAN

Petai mengandungi triptofan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin. Dengan jumlah serotonin yang tentu, ia dapat membahagiakan anda! 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan