Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan beri air kepada bayi bawah 6 bulan; boleh bawa maut!

Pakar pediatrik atau doktor kanak-kanak memberi amaran tentang pemberian air kepada bayi bawah usia enam bulan kerana ia boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan beri air kepada bayi bawah 6 bulan; boleh bawa maut!

(Gambar: Merdeka.com)

Diterbitkan : 10 Jan 2018 11:05PM Dikemas Kini : 10 Jan 2018 11:10PM

AMERIKA SYARIKAT: Pakar pediatrik atau doktor kanak-kanak memberi amaran tentang pemberian air kepada bayi bawah usia enam bulan kerana ia boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan mereka.

Bayi tidak memerlukan air sama seperti kanak-kanak atau orang dewasa, meskipun cuaca panas.

Menurut satu dapatan kajian yang diterbitkan oleh NHS Greater Glasgow dan Clyde, susu ibu kaya dengan kandungan air serta kurang kadar elektrolitnya.

Ini bermakna susu ibu sudah mencukupi untuk menghidratkan bayi bagi enam bulan pertama kehidupan mereka, lapor laman Independent.

Sekalipun begitu, sesetengah ibu bapa mungkin tidak menyedari bahaya memberikan air kepada bayi mereka.

SUSU IBU SUDAH MENCUKUPI

Seorang doktor kanak-kanak, Danielle Stringer, menggariskan beberapa sebab mengapa ibu bapa tidak seharusnya melegakan dahaga bayi di bawah usia enam bulan dengan air.

"Bayi TIDAK memerlukan air sama seperti orang dewasa. Malah, bayi tidak sepatutnya diberikan air sehinggalah mereka berusia enam bulan," menurut catatan blog Dr Stringer.

"Ini satu fakta yang tidak diketahui ramai ibu bapa: Susu ibu mengandungi 88 peratus air.

"Susu ibu ataupun susu tepung sudah mengandungi air yang diperlukan bayi!"

KERACUNAN AIR BOLEH BAWA MAUT

Jika bayi diberikan terlebih banyak air, ini boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan membawa maut.

"Keracunan air adalah proses yang berlaku apabila bayi diberikan terlalu banyak air dan ia boleh menyebabkan kadar garam dalam tubuh berkurangan," tambah Dr Stringer seperti yang dipetik laman Independent.

Dr Stringer mendedahkan secara teperinci kepada Daily Mail Online tentang apa yang akan terjadi sekiranya berlaku keracunan air.

"Tubuh bayi akan bekerja lebih keras untuk mengimbanginya dengan memastikan sel-sel akan menyerap lebih banyak air. Ini akan menyebabkan seluruh tubuh membengkak, termasuk otak, dan boleh mengakibatkan serangan sawan, koma atau mati otak," tambah beliau.

Di laman KidNurse, Dr Stringer turut memberi nasihat tentang apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan kesihatan bayi mereka terjaga.

BAYI BAWAH 6 BULAN HANYA PERLU 2 AUNS AIR

Tips beliau termasuk berkongsi maklumat mengenai bayi dan pengambilan air dengan ibu bapa lain, kerap memeriksa berat badan bayi, ibu harus yakin dengan keupayaan mereka untuk memberikan susu badan, mengikut arahan membancuh susu tepung dengan betul serta berhati-hati memberikan air kepada bayi bawah usia enam bulan.

Dr Stringer menasihatkan bahawa bayi yang di bawah usia enam bulan hanya boleh minum dua auns air dalam tempoh 24 jam sehinggalah usia mereka mencecah setahun.

Walau apa pun yang dilakukan, para ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, lapor Independent.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan