Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Itali bakal jadi tuan rumah kejohanan kereta elektrik

Kereta-kereta elektrik bakal menghiasi ibu kota Itali April tahun depan apabila negara itu menjadi tuan rumah kali pertama bagi Kejohanan Formula E Prix.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Oct 2017 09:46PM Dikemas Kini : 20 Oct 2017 09:49PM

ITALI: Kereta-kereta elektrik bakal menghiasi ibu kota Itali April tahun depan apabila negara itu menjadi tuan rumah kali pertama bagi Kejohanan Formula E Prix.

Berbanding kereta lumba biasa, kereta-kereta yang bertanding dalam kejohanan Formula E tidak bising kerana hanya menggunakan elektrik.

Namun ia masih boleh bergerak laju sehingga 225 kilometer sejam dan kuasa bateri seberat 350 kilogram.

Keunikan perlumbaan Formula E tidak bergantung kepada kepantasan menamatkan pusingan, sebaliknya kecekapan.

Kejohanan Formula E Rome berlangsung pada 14 April tahun depan.  

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan