Images
  • Instagram
    (Gambar: ANDREW CABALLERO-REYNOLDS / AFP)

Instagram perkenal butang 'mute' untuk tapis posting yang tidak ingin anda lihat

SINGAPURA: Iklan produk kosmetik, makanan dan promosi khidmat tawaran para peniaga di laman media sosial yang berlebihan tentu membuat anda berasa jengkel. Terutama sekali jika gambar-gambar yang dikongsi di Instagram semuanya tidak menarik dan anda hanya ingin mengikuti perkembangan teman-teman tertentu sahaja.

Ada pula dalam kalangan teman anda yang terlalu sering memuat naik gambar dan video ke laman Instagram. Sesetengah pengguna tidak selesa untuk 'unfollow' atau berhenti mengikuti teman-teman mereka di Instagram meski berasa terganggu kerana takut menyinggung perasaan mereka. Teman mereka tidak akan mendapat 'notification' (pemberitahuan) tetapi mereka boleh melihat senarai pengikut Instagram mereka, lapor BuzzFeed.

Namun, anda kini boleh 'tapis' posting-posting yang tidak ingin anda lihat di laman Instagram. Ini kerana, Instagram baru-baru ini memperkenalkan satu ciri yang dapat menyelesaikan masalah anda, sekali gus mengatur laman Instagram pengguna mengikut minat dan keperluan anda.

Dengan hanya mengetik satu ikon, anda tidak akan melihat lagi posting teman anda. Ini boleh anda lakukan tanpa berhenti mengikutinya di Instagram. Anda juga boleh melungsuri laman teman anda bila-bila masa sahaja, di samping mendapat pesanan langsung mereka.

Kaedah ini sudahpun digunakan Twitter sebelum ini bagi membantu para pengguna untuk tidak mendapat komen-komen negatif. Facebook juga mempunyai ciri yang serupa di mana anda boleh memilih untuk tidak melihat catatan Facebook teman anda bagi tempoh 30 hari, atau tidak mengikuti perkembangan mereka tanpa menghapuskan teman anda daripada senarai Facebook, lapor BuzzFeed.

Ciri 'mute' ini bakal dibentangkan kepada orang ramai dalam beberapa minggu lagi, menurut Instagram. Jadi, anda tidak perlu khuatir jika anda belum melihat ciri itu pada aplikasi Instagram dalam telefon bimbit anda.

BuzzFeed kongsi cara-cara untuk menggunakan ciri tersebut:

  • Anda perlu mengetik "..." yang ada pada sudut kanan atas posting teman anda.


(Petikan-petikan gambar BuzzFeed)

  • Kemudian, anda pilih "Mute". Anda akan diberi pilihan untuk tidak melihat gambar dan video anda di muka depan Instagram mahupun cerita-cerita yang dikongsi melalui InstaStory. 


Selamat mencuba! 

- Agensi berita/AQ/aq

Komen Anda?

Top