Images
  • instagram brand
    Gambar fail ikon jenama Intagram (Gambar: Reuters)

Instagram bangunkan app baru untuk beli-belah

AMERIKA SYARIKAT: Aplikasi Instagram milik Facebook Inc sedang dalam proses membangunkan satu app berasingan untuk membeli-belah.

Menukil dua sumber, laman the Verge melaporkan bahawa app tersebut membolehkan pengguna untuk memilih barang-barang dan membelinya secara langsung.

Instagram sebelum ini mempunyai beberapa ciri yang membolehkan perniagaan untuk mengiklankan barangan mereka dalam aplikasi Instagram.

Salah satunya adalah ikon membeli-belah yang boleh dipautkan pada 'Stories' yang memberi lebih banyak perincian tentang sesuatu produk bila ditekan oleh pengguna. Ciri ini diperkenalkan pada Jun tahun ini dan mengupayakan para penjual untuk mendampingi lebih 300 juta pengguna ciri 'Stories'.

Laporan the Verge juga menyatakan belum ada tarikh pelancaran bagi app berasingan itu.

Menurut Verge lagi, syarikat Instagram berasa yakin untuk mengembangkan sayapnya ke sektor e-dagang secara besar-besaran.

- Agensi berita/TQ/tq

Top