Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Instagram akan lancarkan ciri baru bantu tangani 'ketagihan' telefon bijak

Applikasi media sosial ini bakal melancarkan ciri bagi pengguna memantau dan mengendali sendiri 'ketagihan' menggunakan telefon bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
Instagram akan lancarkan ciri baru bantu tangani 'ketagihan' telefon bijak

(Gambar: Mashable)

Diterbitkan : 26 Jun 2018 10:38PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 10:46PM

MASHABLE: Kalau applikasi (app) Instagram adalah punca utama anda 'melekat' pada telefon bijak, app itu juga yang mungkin dapat membantu anda tangani ketagihan ini.

Lelaman Mashable menyelongkar ciri yang bakal dilancarkan Instagram, yang mungkin boleh membantu pengguna mengatasi ketagihan mereka pada aplikasi itu.

Selain memaparkan statistik yang menunjukkan berapa lama seseorang menggunakan app tersebut, Instagram juga akan menambah ciri yang boleh memaklumkan pengguna apabila beliau menggunakan app tersebut melebihi had masa yang beliau sendiri tetapkan.

Antara ciri baru yang bakal dilancarkan Instagram. (Gambar: Twitter/@wongmjane)

Menurut Mashable lagi, menu baru dalam app Instagram itu akan mengupayakan pengguna memantau masa yang diluangkan dalam app tersebut. Terdapat juga carta yang membolehkan pengguna memantau trend penggunaan selama seminggu.

Dengan menggunakan data ini, pengguna boleh meletakkan 'pesanan harian', di mana mereka akan diberi notifikasi jika meluangkan terlampau banyak masa menggunakan app.

Lelaman Mashable menambah, tarikh pelancaran rasmi ini belum didedahkan.

Namun kewujudan ciri ini dalam kod app Android membayangkan bahawa syarikat tersebut sedang menguji ciri-ciri berkenaan secara aktif dan mungkin akan melancarkannya tidak lama lagi.

Ciri pemantauan penggunaan Instagram ini menyusuli tekanan yang dihadapi pelbagai syarikat teknologi untuk mengurangkan ciri 'ketagihan' applikasi mereka.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan